Monday, October 29, 2012

Trip ke Kuala Selangor

2 weekend lepas kitorg buat trip ke Kuala Selangor pulak.. memula tu plan bukan main ingat nk ke Perlis-Kedah-Penang, tp sebab cuti yg makin menipis dan most weekends pun nak kena kerja membanting tulang jugak, so terpaksa cut short buat day trip je ke K.Selangor. sedih btoi! hehehehhe takper... takper... november ni kita travel puas2!! ;p

trip ke kuala selangor ni actually lebih kepada trip jalan2 cari makan dan jugak utk restock seafood. dah lama my colleague suggest pergi sana utk beli fresh seafood tp sebab ingatkan K.Sngor-KL ni adalah jauh, so ada sedikit perasaan malas nak pergi.... hehehe tapi kalini gigih jugak kitorg redah dan utk lebih kemeriahan membeli belah, kitorg ajak sekali my SIL's clan to join the trip. :)

turun dr umah cheras pukul 7.30pg, pukul 8pg dah smpai umah SIL. lepas bfast etc bertolak ke k.sngor pukul 9 and surprisingly dlm pukul 10.30 dah selamat sampai! kereta pun tak banyak, maybe berkat kitorg lalu LATAR kot!! kalau tau camni punya dekat dah lama pergi sana shopping seafood!! :) first destination haruslah ke Pasar Pasir Penambang - mcm hilang ingatan seketika memborongggg sakan!!! mmg dasar shopaholic! pilih ikan pun boleh rambang mata!! hahahahaha :p




mcm2 jenis udang ada. fresh2 belaka

seafood semua fresh!! price wise slightly cheaper than KL, tp jauh lagi fresh dari ikan2 kat pasar2 KL tuh!! puashati beb! dan masa beli seafood ni semua, pekedai dah tau kitorg dr kl, so diorg terus letak crushed ice terus dlm bag plastik ikan tu  semua utk preserved the freshness - apa tak nampak kl nyer, masuk wet market dgn kasut converse and handbag coach?? seriously overdressed! lolz :p

spoilt for choices!!

  
i bought udang kara/udang galah. seriously besar. kalau tak silap rm40 per kilo,tp kitorg beli half kilo jer. esoknya balik kl terus buat masak lemak udang galah. fuhhh!!! yummy! :p

paling fresh dan paling value for money : ketam! besar2 dan berat2. berkilau2 lagi kulitnya- membayangkang betapa freshnya ketam2 ni semua. RM20 jer per kilo!!!  giler murah!! sampai meroyan beli ketam! :)

ikan siakap RM17 perkilo, siakap saya beli ni RM15 jer. besar dan fresh. ikan merah RM20 per kilo. 

  
RM 7 per kilo. even ikan kerisi ni pun segar bugar! kitorg buat goreng kunyit biasa je, tp hasben makan sambil duk puji cakap sedap dan isi ikan tu manis- first time org puji saya goreng ikan sedap! heheheheh :p

binatang bercengkerang yg ditangkap: lala - buat masak serai bercili, kepah belum masak lg dgn kerang - dah selamat buat sambal kerang makan dgn nasi lemak. fuhh!!

 
 RM7 perkilo. segar2 jugak, so far masih terselamat dlm my fridge.

2 ekor ikan bawal yg besar2. seekor dah selamat kitorg bakar dgn rempah ikan bakar, seekor masih terselamat dalam fridge.

  
udang kecik pun beli gak. dah banyak terkorban dalam pasta carbonara saya. :)

sotong pun besar2 dan fresh. semua sotong2 ni tengah pregnant-ada telur. RM16 per kilo. semalam buat sambal sotong guna 3 ekor jer boleh buat makan 2 org sampai kenyang. 


 seafood ni semua kitorg letak dlm coleman. pastu singgah 7eleven beli ice utk penuhkan ice box. balik kl dah midnight, tp ikan2 semua still segar bugar, ice pun still intact! 

  
paddy field in sekinchan

dari pasar ikan, kitorg lunch di Selera Rimba - kita makan food autentik - landak masak rendang dgn pelanduk goreng bercili dan ayam kampung goreng. will blog bout it soon at my other blog. :) selesai melantak, terus ke K.Selangor again utk buat aktiviti pelancong pulak. hehehe

  
kitorg naik tram utk ke Bukit Melawati! hehehe


  
muka2 eksaited. hehehe

siap duduk di 3rd row tuhhh!! hahahaha

first time, jakunness. hahahaha 

perigi beracun di Bkt Melawati

  
view yg cantik dan meriam api di puncak bukit

the map


rumah api di puncak bukit
  
Makan Diraja

Muzium Sejarah Daerah K.Selangor
dan penghuni bukit yg setia... :)
  
the monyets
perhentian tram yang ada menjual...
 FREEZE magnet! canggih tak? hehehe


lepas pusing2 bukit malawati, sebab panas terik, kitorg pekena cendol bakar pulak. cendol bakar ni memang happening, siap ada drive thru okeh!!! will blog bout this too soon!

dari cendol, kitorg ke Pantai Jeram for an early seafood dinner by the beach... melantak seafood tak hengat punya! :P

dari Pantai Jeram, kitorg patah balik ke Kg Kuantan utk tengok kelip2 pulak.. 


  

muka2 eksaited tgh tungguh bot. RM50 per boat.

kebetulan masa kitorg pergi baru lepas hujan gerimis, so ditakdirkan rezki kami malam tuh, kelip2 keluar dgn banyaknya! cantik giler!!! naik sampan dalam gelap, dgn diterangi cahaya kelip2 je kat tepi sungai.. mmg unik! unfortunately snap pic tak nampak, dan takboleh guna flash sbb nanti kelip2 mati.

di atas sampan. budak kecik ni takut sampan terbalik, pastu siap ckp lagi ada buaya kat dlm sungai! isk isk iskkk... hehehhe


trip tengok kelip2 makan masa dlm 20minit. dari Kg Kuantan, kitorg terus bertolak balik. pukul 11 mlm baru sampai umah cheras. exhausted!!



...welcoming november with warm heart - travel, travel and travel.. at least to 3 different places ;) yeay!!

Friday, October 26, 2012

A trip down south

Our reasons for the trip downsouth last month ialah sebab:
1.boring duk kl
2.takde mood nak kerja.
3.penat nak membanting tulang buat duit at the other side of the service.
4. JJCM JB food.
5. dah lama tak shopping secara berleluasa. heheheh :p

so kitorg ke JB end of september lepas. buat trip 3D2N, tak cross to singapore pon sebab tuan punya blog dah kematian passport. hehehehe :p dari KL kitorg bertolak pukul 10pg - hasben keja malam,dia sampai umah kul 7pg, sempat dia tido kejap sblm bertolak. gigih wifey drive kereta all the way KL-JB sebab motivated giler nk shopping. kul 1pm dah selamat sampai our first destination! kekekekekeke :p

the first destinaion: Johore Premium Outlet!! hehehehe

lengang! maybe sebab weekdays kot. dan org dah hilang excitement bershopping kat situ kot. dan maybe jugak sbb baru lepas raya, so org dah habis shopping sume..

my review: bolehhhhh lar utk tahap mesia, tp takdela sampai tahap nak kena pergi lagi in the near future..mmg takleh dicompare dgn outlets kat obersi, awal2 dah kalah la JPO ni. brg2 mmg out of season giler2, ada bag DKNY dan Michael Kor yg saya dah jumpa kat london in 2008, tp still ada duk jual dgn ekslusipnya di JPO, dahlah harga pun diorg bg reduction 30% je from RRP. serious stress bila tengok, coz i know i can get it at a cheaper price, 4yrs ago in london!hehehehe bag ferragamo lagi la sedih, malas nak citer..ada berkenan satu pump kat ferragamo, tp yg ada sepasang saiz 10 jer, harga pon lebih kurang butik price je, giler! kasut2 nike, adidas mmg tersangat limited sizes and designs. puma? freaking expensive-round neck tshirts still RM160 and above, mcm wth?! clarks lagi la sedih, sampai tahap speechless dah bila tengok design and prices dia. 

overall review, kebanyakan barang diorg just bg 30% off from butik price, dan very limited sizes and designs.

hasil tuaian?
dah turun JB jauh2 kan haruslah menuai jugak. got a very good bargain from timberland - hubby shopping like crazy there & wifey siap beli kasut kerja Timberland jugak.. our damage kat timberland ni memang tahap severe jugaklah. errr siap jumpa Jep Sepah raja lawak, menyampah tengok cara bebudak timberland layan dia dan si jep tu pulak cakap kuat giler konon dia lah artis and nk suruh kitorg tegur kot, hmmm sorry lar! :)  and polo ralph lauren was not dissappointing as well. hubby hepi jer bila berjaya merembat nike shoes for just rm80.

danwifey pulak terrrrrrbeli jugak sebijik full leather coach handbag. my first ever coach! heheheh owh masa memula masuk coach actually takde niat pon nk beli bags, niat asalnya nak masuk jenjalan jamu mata jer. tp SAs kat situ mcm dah aim jer sebabnya nampak sy bawak bag tods -hubby yg perasan sbb sorg SA tu duk pandang2 je my bag pastu duk bisik2 sesama sdr sebelum dtg accompany me all the time while i was there. macam pressure je bila org duk ikut & promote2, hubby pulak insists me to buy. so bila dah ada yg berkenan terus rembat. dapat reduction byk jugak, jadik la kan utk buat lenjan. dont ask me from which collection, i am not into coach sangat sbnrnya. hehehe :)

we spent 4hours in JPO dan pastu terus zoom ke JB check in hotel. we stayed at Thistle JB.

Thistle ni dulu sebenarnya Hyatt JB. bilik biasa2 je sebab hotel lama 

even toilet pon biasa2 jer. 

the pool.

  
our breakfast table kat thistle
  
the breakfast was fair. takde la extravaganza mana, simple jer. on the second day tu kitorg turun lambat, siap takde food lagi sbb diorg lambat refill. sedih btol!
  
bread basket
my breakfast: omelette
  
dan bubur! hehehehe :p


On second day kat JB tu sebab taktau nak g mana, kitorg siap ke JPO lagi. second trip pulak. hahahahahha nak pegi legoland malas sebab hujan. nk g spore takde passport. JPO je lar. apart from our makan2 food hunting kat jb. hehehe
Third day, 30th Sept dah balik kl! otw balik sempat sambung merembat di Hard ROck Melaka, hasben nk beli tshirt. seronok la jugak, sesekali jenguk jb, takdela terperap kat kl buat aktiviti yg sama je setiap minggu kan.. :)


Monday, October 1, 2012

Pemangkin




well, at least someone appreciates me.