Kitorg ke Forbidden City dengan naik subway jer. dari hotel kitorg ke Wangfujing Subway station, yg terletak dlm 5min jalan kaki dr hotel. then dr Wangfujing kitorg ke Tianamen East station, dan dari station kitorg jalan ke Forbidden City. Jarak subway ke entrance dlm 5ming je. Actually hotel kitorg ke Forbidden City tak jauh pun, boleh jalan kaki dlm 1km. tp sebab nak save tenaga, dan nak try diorg punya public transport, tu yg kitorg decide nk naik subway je.
subway map. diorg punya subway tersangat efficient dan selesa. dia punya rangkaian pun meliputi hampir semua tourist attractions di sekitar beijing.
ticket machine. user friendly dan ada dwibahasa, so memang mudah. harga pun tak mahal, kalau tak silap dlm CNY4 (RM2) je utk satu hala. security kat subway agak ketat, polis ramai dan siap kena scan bags sebelum dpt masuk ke station subway tuh.
Wangfujing subway station
dr Wangfujing station ke Tianamen East station, beza 1 station jer. so dlm 5minit dah sampai. actually Tianamen Square dan entrance FOrbidden city terletak berhadapan/across the road. gambar ni ialah tianamen square, kitorg snap dr seberang jalan-dkt entrance Forbidden City.
Forbidden city ni adalah istana lama zaman kerajaan dinasti Ming dan Qing, sejak tahun 1400an lagi. kawasan dia teramat luas, ada dlm 900buah bangunan dlm Forbidden city itself. dan sekarang ni dah jadi muzium, yg dikenali dgn nama Palace Museum.
entrance to the Forbidden City. orang ramaaiiI!! security agak tight, nak masuk gate, kena scan bag.
panoramic view sebaik shj masuk the main entrance.
in front of The Meridien Gate - entrance to the Forbidden City
The Palace Museum ticket counters. CNY60 per entry.
kaunter utk dapatkan audioguide.
Note: audioguide dlm pelbagai bahasa, even bahasa melayu!!
Note: audioguide dlm pelbagai bahasa, even bahasa melayu!!
the electronic map, sewa dlm CNY30. Guide ni guna sistem GPS, bagus gak sebab tempat ni besar, so bila sampai di tempat2 tertentu lampu merah akan menyala menandakan location kita pd waktu tersebut dan explanation berkenaan tempat tersebut akan diberi. jadi takdela sesat ke apa..
at the gate. pintu tersangat besar sampai terasa sungguh kerdil
kayu pjg ni pulak ialah lock utk gate.
so bila masuk je pintu ni...
tersangat luas
dan view tersangat lawa!! banyak buildings. macam jakun duk pandang kiri kanan. lawa giler!!
dia punya compound luaaaasssss giler!!! batu2 jalan asal masih kukuh lagi.
The Hall of Supreme Harmony, tempat official ceremony dijalankan. building dibuat daripada kayu, dan masih kukuh lagi.
Istana ni tersangat majestic, view tersangat cantik dan kawasan dia sangaaaattt luas...
Istana ni tersangat majestic, view tersangat cantik dan kawasan dia sangaaaattt luas...
antara palace yg terdapat di tepi Hall of Supreme Harmony
tangga utk ke Hall of Supreme Harmony.
decoration pada atap istana berbentuk dragon
dia punya ukiran pada siling sangat cantik dan berseni.
View The Meridien Gate dari Hall Of Supreme Harmony
security memang sangat ketat. polis/askar mmg ramai.
tembok batu/dinding di sekeliling Hall of Supreme Harmony
ukiran naga pada dinding/tembok batu yg juga menempatkan saluran air utk mengalirkan air hujan
ukiran batu yg besar, berat berapa tan ntah dah lupa.
istana yg merupakan tempat tinggal gundik raja. even bilik tido pun boleh tgk, tp dr luar cermin je lar.
puteri raja pakai kasut nike yg tgh sesat. :p
laluan belakang utk ke imperial garden.
tepi kiri kanan ada laluan ke bangunan2 kecil. taksempat nk explore semua..
tempat diorg isi air, so kalau time kebakaran air dlm bekas tembaga ni digunakan utk padamkan kebakaran
imperial garden
ukiran batu
close up: ok actually ni ukiran batu, bukan kayu yg dah reput. ada history dia pasal ukiran ni, maharaja dpt hadiah drp sapa ntah, dah lupa. hehehehe tp mmg kagum tgk ukiran ni, sebijik mcm kayu!
kitorg spend masa dlm 4-5jam kat Forbidden city. kawasan luas, memang seluas2 istana tu kena jalan kaki jer. cuaca dahla panasssss giler, org jual air dahla mahal, pastu tak banyak pulak tu.. mmg dehidrated giler!!
another part of Forbidden city.
nice.
the entrance
masa nk keluar tu pulak, memang takboleh keluar ikut the same entrance, kena keluar ikut east/west wings. memang kitorg jalankaki jauh giler nak cari pintu keluar. bila dah keluar dr kawasan istana, tambah lagi jalankaki ke subway station. memang pancit kaw-kaw punya.
en route to the subway station dr exit gate.
bila sampai je ke subway, dah tak larat nk redah Tianamen Square. terus balik hotel. pancit giler!!! my only advise: pls pls plssss wear the most comfortable walking shoes if u plan to explore the Forbidden City. even my converse pun tak cukup comfortable utk berjalan sebab tapak agak tebal dan berat. the best would be your trainers, sebab u will be walking a lot!! a LOT of walking!!!! i think we walked for more than 10km that day.
bila dah berehat kat hotel, makan dan berendam dlm bath tub, malam tu baru kitorg keluar jalan2 lagi.. dah tua2 ni memang cepat bebenor pancit. seb baik dapat hotel best, so memang cepat recover balik energy tuh..
...to be continued.
3 comments:
rindunye nk baca blog ni... napa dh lama x update? huhuhu.. sy silent reader yg setia
i read this later.
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
Grand Victoria Casino - Mapyro
Grand Victoria Casino. The closest casino 보령 출장샵 on the map. Big Jackpots. 1 통영 출장샵 in 광명 출장마사지 3,300. 김제 출장샵 Good. Big Jackpots. 2 in 3,400. Big Jackpots. 의정부 출장안마
Post a Comment