Saturday, March 28, 2009

Grounded!

Yeah! I am grounded for the weekend!!

I'm now struggling with literature reviews..



currently working on the articles for 1 (one) seminar on Monday. (mind you, its not for the research, yet!)


~and I'm 'thankful' that we've got 2 seminars on Monday,
and 1 seminar on Tuesday! hahhahaha (gelak tension)



* the course is much tougher than what I expected it to be!


Thursday, March 26, 2009

Iklan


Setiap hari Jumaat saya pasti turun kat station nih.
Lepas turun, kena jalan kaki lak dlm 15minit untuk ke Queen Mary, Mile End campus, untuk belajar Dental Materials daripada material scientists/engineers kat situ..
dan setiap minggu itulah iklan nih sentiasa melambai dan memanggil2..
tetiba terasa 'terliur' lak nak membeli..



ermm...

kalaulah ada org sanggup belanja kitorg...
takyah yg mahal, yg harga 179 pounds nih pon jadila.. hehehhehe :P








Wednesday, March 25, 2009

Lawatan Sambil Belajar (soalan spot UPSR 2009)

Pada hujung minggu lepas saya bersama-sama dengan suami serta kawan2 saya telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pameran Body World and The Mirror of Time, yg diadakan di O2. Lawatan sambil belajar ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Queen Mary.

Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke O2. O2 terletak di North Greenwich iaitu di South East London. Perjalanan ke situ memakan masa hanya 30minit dari rumah saya.

Saya bersama rakan2 di pintu masuk pameran.

O2 adalah sebuah tempat yg mengandungi dewan2 pameran dan juga dewan2 persembahan artis2. Terdapat ramai artis terkenal yg mengadakan persembahan di situ. Michael Jackson juga akan mengadakan persembahan di situ pada bulan Julai nanti. terdapat juga panggung wayang serta restoran2 di situ.

Ini adalah 'fountain' yg amat tidak menarik sekali, di halaman O2. Saya rasa fountain di KL adalah jauh lagi best dan menarik..

Pameran Body World adalah merupakan pameran yg berasal dari negara Jerman, dimana mayat2 yg telah diawet dengan menggunakan teknik 'plastination' dan mendedahkan organ2 dalaman manusia. Teknik awetan ini telah diperkenalkan oleh Gunter Von Hagen yg berasal dari Jerman. Pameran ini telah mendapat publisiti meluas serta terdapat kontroversi dan tentangan masyarakat dunia kerana membuat pameran organ dalaman badan mayat.


Kami telah meluangkan masa selama 2jam untuk melihat pameran tersebut..Pameran tersebut adalah amat menarik sekali. Kami berpeluang melihat anatomi badan manusia secara lebih dekat lagi, dan secara tidak lansung dapat mengulangkaji matapelajaran Anatomi yg telah dipelajari di tahun 1 pra-siswazah dahulu. Malangnya kami telah dilarang mengambil gambar bahan pameran..Di akhir lawatan, kami telah dihadiahkan dengan Sijil, sebagai cenderamata bagi menandakan yg kami telah melawat pameran tersebut.

Inilah sijil saya. :)

Selepas keluar dari dewan pameran, kami terus menuju ke sebuah restoran Thai yg terdapat di situ untuk makan tengahari.

Saya di Restoran Thai.

Selepas makan tengahari serta berehat2 sambil minum kopi di Starbucks, saya terus pulang ke rumah. Kawan2 saya juga turut ikut sama pulang ke rumah saya dan melepak bersama2 menonton movie di tv serta berbual2. Kami juga telah menikmati makan malam yg sangat lazat, iaitu berupa Blackpepper Steak yg telah dimasak oleh suami kawan saya, iaitu Ashraf. (Ashraf terpaksa memasak kerana saya berasa amat malas sekali untuk memasak pada hari itu). Kawan2 saya pulang ke rumah masing2 pada pukul 10mlm iaitu selepas makan malam.

Kesimpulannya, saya berasa amat gembira sekali kerana berpeluang melawat pameran tersebut. Saya juga berasa hari tersebut adalah hari yg amat menyeronokkan sekali kerana berpeluang meluangkan masa bersama dengan rakan2 saya.
Inilah sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih.

Wednesday, March 18, 2009

Kembara Istanbul - The Bhosphorus Tour and Bazaar District

7 Mac 2009

Pagi yg mendung.

Bangun agak lewat, sebab dah pancit dengan hari sebelumnya.. dalam kul 830 breakfast kat hotel.. menu? musti la roti lagi.... dan telur! tanpa banyak soal, makan jer, sebab free..hehehhehe
dah termuak gakla makan roti spjg duk sini.. hehehe


Lepas breakfast, terus amik bag ngan kamera dan kuar.. Tempat pertama yg dituju: Eminonu, berhampiran Galata Bridge.

Galata Bridge. Antara fave past time Turkish ni, adalah mancing..

sementara menunggu naik feri.. kat blkg tu la feri yg kitorg naik..

Nak mencari feri utk tour Bhosphorus. Sebenarnya Bhosphorus nih nama laut. Laut nih la yg memisahkan antara Turki Europe ngan Turki Asia. Actually kalau betul2 nak puashati buat tour Bhosphorus nih, kena spend masa sehari suntuk.. baru sempat nak pusing semua castle yg ada di persisiran laut Bhosphorus nih.. tp sebab kesuntukan masa, kitorg just amik pakej 2-hours tour jer..tu pun amik 'bot sapu' je... (small boat, but legal lar, i think!) kiranya just pusing di sepanjang Bhosphorus nih, then terus patah balik- tanpa stop/turun jalan2 kat castle yg ada di pesisir laut Bhosphorus..

Bhosphorus Bridge.
Jambatan yg menghubungkan Turki Eropah dgn Turki Asia.

Dapat naik trip pukul 10.30 pagi.. Naik feri 2 tingkat, kira kat atas open air- utk better viewing. Tapi nasib kurang baik, sejurus kami naik feri jer, hujan mulai turun... dan laut agak berombak.. seb baik tak mabuk laut.. kira ketahanan mabuk laut kami agak kuat la... *cheewah!*

Salah satu masjid yg ada di pesisir Bhosphorus Sea.

Dolmabahce Palace..
dari Topkapi Palace diorg pindah ke palace ni.. Kamal Attarturk meninggal kat sini.

Kapal Mustafa Kamal Attarturk

selepas halfway perjalanan, hujan turun ngan lebat sekali, dan sangat2 sejuk! maybe minus celcius! kira dah macam sejuk london- time ada snow lebat arituh!! tp sebab takmau miss the view, we all stay jugak kat atas feri tu.. memula perjalanan, penuh la kat atas feri tuh..tp sbb dah hujan, sejuk gilos dan basah, at last tinggal kitorg berdua jer kat upper deck!org lain smua surrender ngan the very2 bad weather haritu.. and for sure terkena tempias hujan la!! end of the tour? we were wet and freezing to the max!
pekena Turkish tea- dgn harapan dapat panaskan badan..

Wet. Freeze. Rain. Turkish. Tea

turun jer dari feri, hujan amat lebat! dah macam ala2 hujan kat Malaysia! tp kitorg redah gak... missions of the day musti diikuti! :)

Arasta Bazaar yg takde customer.. hujan punya pasal.

dalam duk meredah hujan nak ke Grand Bazaar, kami sempat singgah jap kat Arasta Bazaar, bazaar yg kecik skit, yg dekat2 dgn area Blue Mosque. Just pusing2 and lunch jer..

Next destination, ke Grand Bazaar.. berjalan lagi, sambil meredah hujan..sampai jer di Grand Bazaar, memang dah lenjun selenjun-lenjunnya! tudung aku? memang dah basah teruk sampai ke kulit kepala!! Seb baik Grand Bazaar nih adalah bazaar yg tertutup...

Lenjun di Grand Bazaar..


Grand Bazaar nih is one of the most famous souq in the world. Kat sini ada dalam 4000 kedai2!! memang luas bangat! siap kena tengok map, dan siap ada nama jalan utk setiap section.. senang cerita, kalau terpisah ngan hubby kat sini mmg possibility nak jumpa balik tuh amatla nipis! so memang takleh jalan jauh2 la, kalau terpisah, mmg kes naya!! sebabnya bazaar ni terlampau luas, dan org amatla ramai! kira sopping mall yg terbesar la nih di zaman kerajaan ottoman!

Lampu hiasan, cantik!
Kalau plan nak balik Malaysia straight away, mmg confirm dah angkut 2-3bijik...

Souvenirs.

kat Grand Bazaar nih, macam-macam ada.. duit jer yg takde! hehehhehe dari sekecik2 barang souvenirs, hiasan umah, hingga ke sebesar2 barang2 antik.. ada jugak textiles-tp bukan kain utk baju kurung, ok! colourful fabric, tatau utk apa.. mmg tak plan nak cari kain wat baju raya, btw mana nak tempah kat london nih?? :P dan ada jugak leather goods- shoes?handbags? just name it.. LV?burberry?gucci?semua ada.. tp tak ori ler.. :P

Pashminas.

Trying his best to make me buy this..

nak sopping sini memang kena tawar la, sbb mmg diorg naikkan harga gila2 esp utk tourist! paling kitorg terliur nak beli adalah karpet turki! mmg cantik sangat2! jauh lagi cantik dr yg kat KL/ikea/nilai 3.. tp tak beli ler, malas nak perap kat barking yg takde space sgt ni- bukannya nak balik Malaysia straight away pon kan? hehehehe so we end up tak beli apa2.. just beli souvenirs kecik2 jer..


being Malaysians, we were so popular among the sellers. dari jauh dah ramai yg memanggil2 "Malaysian".. siap panggil dlm bahasa melayu! dan ada segelintir penjual yg mmg boleh berbahasa melayu pelat! terkagum gak la! kiranya nama Malaysia agak tersohor la kat turki nih, esp kat bazaar! ~adakah sbb rakyat mesia mmg suka bersopping?? hahhahaha

Kuar dari Grand Bazaar, nasib baik hujan dah stop.. Next destination: ke Spice Bazaar lak.. kalini kami naik tram. saja nak mencuba2 naik, lagipun sebab tenaga dah makin berkurang..hehehehe 1st time naik, jakun gaks!siap amik gambar lagi! hahahaha

Misir Carsisi / Spice Bazaar

Various types of spices and teas

Actually Spice Bazaar nih dekat jer ngan New Mosque/Yeni Camii. Mula dibina pada tahun 1660, kalau zaman dulu2 hasil kutipan sewa dari bazar nih la digunakan utk maintenance masjid ngan aktiviti kebajikan masjid. Dah nama lagi Spice Bazaar, so barang jualan utama adalah spices la.. dan turkish delight...
cheese dan sewaktu dengannya..
makanan asasi org Turki..

perfume pon ada..
Just name the brand... even minyak atar pon ada... hahaha


kat sini pon, as Malaysians, we were so popular~ even ngan mat saleh diorg wat tatau jer! dan memang ada penjual yg boleh berbahasa melayu!!! memang dengki jer mat2 saleh tgk kitorg! hehehehe dan kat sini pon kitorg just beli turkish delight jer.. lagipun diorg punya spice tak byk yg sama ngan malay punya spices.. malas nak belek2 tgk, baik balik beli kat london jer.. hehehhe

Turkish delight.

Honeycomb


dah habis pusing Spice Bazaar, terus jalan kaki balik. dekat jer dalam 10min jalan jer..
dan malamnya kuar makan..

our dinner. shared this big portion.
mixed grill.

the mixed grill

and as usual, complimentary turkish tea (apple tea and plain turkish tea)
our last cup of turkish tea, actually... :(


Then balik bilik.
hasilnya? penat dan panchit*...again...! *am i too old for a walking tour? isk... *sigh*
Tido...


The next day.. packing barang and we were going back home ..

at the airport

British Airways, 8March '09, 1635, BA577.
Going back to Londra.

and we were served with the most delicious inflight meal ever!
lagi sedap dr MAS! :P beef doner with rice, chicken salad and pie.

Arrived London Heathrow at 730pm (london time) after being delayed for about 2hours- due to bad weather : snow in Germany, hail in london.

dan masa nak masuk imigresen uk, officer yg jaga kaunter tuh, siap buat muka tak puas hati lagi ngan kitorg.. apa taknya,di musim credit crunch, dgn status 'student' dan hubby yg tak kerja sempat lagi berpoya2 g holidays. dan yg paling dia tak puas hati sbb hubby ckp dia jd 'househusband'.. dan DIBAYAR oleh gomen M'sia just utk stay kat umah! :P hahahahahaha I love being malaysian lar... :P

and I love travelling... nak save up and travel mooooooore!!!!

Saturday, March 14, 2009

Kembara Istanbul- Path of the Empires (part 2)

6 Mac 2009.

Tengahari.
Cuaca dah makin ok. Matahari bersinar agak terik..

Kami berjalan lagi, keluar dari Topkapi Palace..

Haghia Sofya/Aya Sofya/St. Sofya

Kali nih turun bukit lak, ke Haghia Sofya/Aya Sofya/St Sofya. Haghia Sofya ni sebenarnya adalah sebuah church di zaman Byzantine (dlm 500++ B.C). tp telah diconvert menjadi masjid pada zaman Ottoman thn 1400++. Tp sekarangnih, function as a museum jer. So dia punya architecture is a mixture between Islamic and Christian..just imagine going into an old church, yg ada lagi salib2, gmbr2 tuhan/dewa2 kristian yg biasa kita lihat, tp berada di dalam sebuah masjid- yg dikelilingi seni bina&kaligrafi2 Islam!! so its like a combination of an old cathedral (Christian architecture) with the old mosque (Islamic architecture)!!

ruins of Theodosian Church- kat laman Aya Sofya

main entrance nak masuk Aya Sofya

Inner Narthex

memang terpegun ngan architecture dia..


marmar berbentuk labu yg sangat besar- tempat amik wuduk.

lost in thoughts!

Mihrab

library/ tempat sultan dulu2 mengaji

dan sempat gak naik ke upper gallery dia- punya la tinggi nak panjat sampai ke atas, kena melalui tunnel kecik.. memang termengah2 gak lar.. panchiiitttsss lagiii!!!!!!

baru nak mula panjat ke upper gallery..

upper gallery: the chandeliers

dari upper gallery nih boleh tgk dome dgn lebih dekat
N.B: mixture of Islamic and Christian architecture..

Kuar dari Aya Sofya berenti rehat jap kat Sultanahmet Parki (taman). Penat sangat, berenti amik nafas sambil2 menghayati view Blue Mosque dari jauh..
Sultanahmet Parki


Lepas rest dalam 10minit, terus jalan lagi ke Blue Mosque (Sultan Ahmet Camii/ Masjid Sultan Ahmet). Masjid nih memang lawa. Speechless. Taktau camna nak gambarkan kecantikan masjid nih!!

Blue Mosque/ Sultan Ahmet Camii


the courtyard

ruang solat

ruang solat: note the lowered chandelier.

with magnificient domes

the other side of Blue Mosque


Then terus ke Hippodrome lak, kebetulan kat sebelah Blue Mosque jer. Hippodrome ni sbnrnya centre of kerajaan zaman Byzantium ngan zaman Ottoman,kununnya sebagai tempat rakyat jelata berkumpul la..zaman dulu, kalau ada announcement dari pemerintah, takpun riot ke.. semuanya start dari Hippodrome nih.. kira cam tempat menyebar maklumat dan simbol keamanan kerajaan dulu2 gak la.. kat sini adala Obelisk of Theodosius, dibina di Egypt tahun 1400 BC, tp dibawak ke Constantinople thn 390BC.

Obelisk of Theodosius

Kat Hippodrome nih jugak ada Spiral Column. Architecture dia memang pelik, berbentuk spiral. Kununnya dibina nak meraikan kejayaan menakluk Persians pd thn 400BC. dan dulu2 diorg letak patung kepala serpents kat atas spiral tu..- tp skang nih tinggal tiang jer, patung kepala2 serpents dah kena masuk muzium arkeologi.. :D

Spiral Column


Rough Stone Obelisk

punyala kitorg haus, tp pakcik nih just jual susu jer!!
p/s: sini mmg suka sangat ngan susu & makanan tenusu!


Habis pusing Hippodrome, berjalan turun naik bukit semula.. balik ke hotel.
Memang dan PENAT, PANCIT, LETIH semua ada.. rasanya sepanjang hari dah berjalan dekat 15-20km!!! dan berjalan sejak kul 9pg sampaila kul 530 ptg baru balik ke hotel!! dari hujan di pagi hari, sampai la panas terik di tengahari, dan hampir gelap nak malam, baru la stop berjalan balik hotel..kesalahan parking? just angkat&angkut!
sepanjang duk berjalan2 ptg tu shj dah tgk dalam 5-6buah keta kena angkut!


Malam dalam kul 8 kuar lagi.. kalini just kuar nak cari makan...

dinner? makan roti lagi..

rasa dia macam roti nan, tapi ada bijan ..
doner kebab: makan ngan roti nan tuh.

ataupun, tavuc kanat (chicken wings) makan ngan nan gaks!


lepas membayar bil, dia bagila complimentary turkish tea ngan apple tea..


balik dari makan, terus zzzzzzzzzzzzzzzz...........