Ini adalah kali pertama saya berkunjung ke O2. O2 terletak di North Greenwich iaitu di South East London. Perjalanan ke situ memakan masa hanya 30minit dari rumah saya.
O2 adalah sebuah tempat yg mengandungi dewan2 pameran dan juga dewan2 persembahan artis2. Terdapat ramai artis terkenal yg mengadakan persembahan di situ. Michael Jackson juga akan mengadakan persembahan di situ pada bulan Julai nanti. terdapat juga panggung wayang serta restoran2 di situ.
Ini adalah 'fountain' yg amat tidak menarik sekali, di halaman O2. Saya rasa fountain di KL adalah jauh lagi best dan menarik..
Pameran Body World adalah merupakan pameran yg berasal dari negara Jerman, dimana mayat2 yg telah diawet dengan menggunakan teknik 'plastination' dan mendedahkan organ2 dalaman manusia. Teknik awetan ini telah diperkenalkan oleh Gunter Von Hagen yg berasal dari Jerman. Pameran ini telah mendapat publisiti meluas serta terdapat kontroversi dan tentangan masyarakat dunia kerana membuat pameran organ dalaman badan mayat.Kami telah meluangkan masa selama 2jam untuk melihat pameran tersebut..Pameran tersebut adalah amat menarik sekali. Kami berpeluang melihat anatomi badan manusia secara lebih dekat lagi, dan secara tidak lansung dapat mengulangkaji matapelajaran Anatomi yg telah dipelajari di tahun 1 pra-siswazah dahulu. Malangnya kami telah dilarang mengambil gambar bahan pameran..Di akhir lawatan, kami telah dihadiahkan dengan Sijil, sebagai cenderamata bagi menandakan yg kami telah melawat pameran tersebut.
Selepas keluar dari dewan pameran, kami terus menuju ke sebuah restoran Thai yg terdapat di situ untuk makan tengahari.
Saya di Restoran Thai.
Selepas makan tengahari serta berehat2 sambil minum kopi di Starbucks, saya terus pulang ke rumah. Kawan2 saya juga turut ikut sama pulang ke rumah saya dan melepak bersama2 menonton movie di tv serta berbual2. Kami juga telah menikmati makan malam yg sangat lazat, iaitu berupa Blackpepper Steak yg telah dimasak oleh suami kawan saya, iaitu Ashraf. (Ashraf terpaksa memasak kerana saya berasa amat malas sekali untuk memasak pada hari itu). Kawan2 saya pulang ke rumah masing2 pada pukul 10mlm iaitu selepas makan malam.
Kesimpulannya, saya berasa amat gembira sekali kerana berpeluang melawat pameran tersebut. Saya juga berasa hari tersebut adalah hari yg amat menyeronokkan sekali kerana berpeluang meluangkan masa bersama dengan rakan2 saya.
Inilah sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih.
Kesimpulannya, saya berasa amat gembira sekali kerana berpeluang melawat pameran tersebut. Saya juga berasa hari tersebut adalah hari yg amat menyeronokkan sekali kerana berpeluang meluangkan masa bersama dengan rakan2 saya.
Inilah sahaja cerita saya. Sekian, terima kasih.
6 comments:
saya suke akan cerita ini..pasti pasti mendapat A bagi calon2 upsr yang mengambil cerita ini sebagai inspirasi !!!
muakakaka..
Di bawah adalah komen rasmi daripada Penyemak 'Unggul' Kertas Bahasa Malaysia (UPSR):-
"Pelajar telah menunjukkan 'effort' yang bagus dan mempamerkan kematangan dalam penulisan beliau. Gambar-gambar yang diselitkan banyak membantu penyemak untuk merasakan ('feel') seolah-olah berada bersama pelajar di waktu tersebut. Semoga pelajar meneruskan kecemerlangan dan menghasilkan lebih karya-karya sebegini."
Gred yang dianugerahkan utk Kertas I : Bahasa Malaysia (UPSR) : A
Saya juga merasa 'terpanggil' untuk memberi komen.
post ini sangat menyentuh hati kerana ia mengingatkan saya kepada kehidupan lampau saya?
hari2 yang ceria saya sudah berlalu..
tetapi saya sangat gembira kerana saudari2 seperti .."living life to its fullest" thats the only way to live!!
kepada pemantau bahasa yg juga bekas teman joli katak saya: ada kekosongan di tempat kerja saya jika anda suka membaca karangan2 sebegini...
ikhlas tapi jauh :
cikgu leha
cikgu leha...pernahkah kita menjadi teman sejoli katak?...sila 'reveal'kan identiti anda...sekiranya iya, jwpnnya adalah, "Malangnya saya terpaksa menolak tawaran kerja tersebut kerana saya telahpun ada komitmen terdahulu (prior commitment)."
Sehingga bertemu di lain lembaran salam perantau.....
kepada pemantau bahasa : bilik belakang rumah anda 'used to be my sanctuary' for the past 2 years?? hehe...
walaubagaimanapun saya menghormati keputusan anda untuk komited kepada komitmen terdahulu!! ternyata ia satu keputusan yang bijak!
-cikgu leha
p/s tuan empunya blog, maaf kami telah memenuhkan ruang blog anda!! semoga hujung minggu anda ceria selalu!
saya berasa sangat gembira dan bangga sekali kerana karangan saya ini telah mendapat sambutan yg agak memberangsangkan daripada semua. saya amat berbangga dengan pemantau bahasa yg amat komited dgn komitmennya, dan saya juga berharap cikgu leha dapat menjalankan tugas dgn baik serta gembira dengan tugasan beliau.
namun begitu, hujung minggu saya pada minggu ini adalah amat tidak menarik dan membosankan sekali. saya juga amat tertekan dgn tugasan bacaan yg diberikan oleh cikgu2 saya.. diharapkan cikgu leha dapat mengambil iktibar- supaya tidak memberikan tugasan bacaan yg melampaui had kpd anak2 murid beliau. :)
terima kasih.
Post a Comment