Friday, October 18, 2013

Day 2 in Beijing: Jade carving factory and Ming Tomb

Untuk hari kedua, kami decide utk ambik tour package. kitorg cari tour company thru internet 1 week before ke Beijing. google punya google dan selepas ambik kira costs dan jugak review kat tripadvisor etc, kami decide utk amik 1 day tour melalui Beijingholiday.com. diorg punya servis puashati dan tersangat berbaloi baloi!! highly recommended! kitorg contact melalui emel, diorg punya reply tersangat efficient dan professional, within 1day dah dapat feedback dan dah berjaya confirmkan our booking. we just need to mention which package, our hotel and phone number in China. the night before the trip tu, diorg call hotel utk reconfirm pickup time. payment dibuat kepada tour guide kat dlm bas. actually ada beberapa package, ada yg group (bus) dan ada jugak yg private. depends pada masing2 punya budget lar. kitorg amik bus tour jer, sebabnya murah! :p

our coach. sebijik mcm dlm cerita Jackie Chan Police Story dulu2.. hehhehe 


Seawal jam 7 pagi, coach dr tour company tu dah sampai ke hotel. memang sangat punctual. actually our tour bus ni kecik je, kalau kat mesia dipanggil coach. dlm bas tu ada sorg tour guide dan sorg pemandu. driver memang taktau english, tp tour guide kitorg cakap english siap dgn slang american lagi. so memang takde masalah bahasa lansung spjg hari kedua kami di sana.
in our group that day ada lar dlm 17 org. so lepas pickup passenger lain (mat saleh dr Oz, SOuth Africa, UK dan brazilians) kat hotel masing2, kami terus dibawa ke our first destination iaitu Jade Carving factory.

the factory. this is a government owned jade factory. diorg ckp masa olimpik beijing dulu, medal diperbuat dr jade, dan medal2 tu dihasilkan kat kilang nih.

so kitorg ditunjuk bagaimana jade diukir dan diproses. menarik gak.. 

antara batu jade yg ada... pelbagai bentuk

antara bentuk famous ialah naga dan lion

makin besar saiznya, makin mahal lah jade ni. jade ni berasal dari seketul batu besar, so utk ukir memang memerlukan ketelitian.

bentuk kapal pon ada

ni pulak panglima china zaman dulu dan my panglima zaman sekarang... :p


so lepas spent masa dlm sejam kat factory tuh, kitorg dibawa ke destinasi seterusnya pulak.. iaitu MING TOMB yg terletak di Changping district, dlm 40+km dr Beijing.

Ming tomb ni ialah mausoleum/tombs utk Ming emperors (emperor yg sama yg bina Forbidden City). kalau tak silap ada berbelas2 kubur di kawasan sekitar tuh.


our tour guide, Leo sibuk explain pasal kedudukan the tombs. menurut beliau, mayat emperor bukannya ditanam didalam tanah, tapi mayat diletakkan di atas tanah dan dikambus dgn pasir sehingga membentuk bukit. in fact kalau tengok keadaan sekeliling (pada waktu sekarang) seolah2 berbukit bukau dan kubur tu terletak di bwh bukit.

kitorg dibawa ke Changling tomb, yg merupakan tomb yg terbesar sekali dibina. kubur ni menempatkan kubur emperor yg pertama sekali di tanam di kawasan tu. 

Ling 'En gate to Changlin's tomb

the gate

luas!

architecture dia memang cantik. ni siling dia. siap ada ukir2 dan colourful. everything was made of wood. 

kat dlm building ni  ada pameran barang2 peninggalan Ming dynasty yg berjaya dijumpai didalam tomb.

Golden crown

ni dipakai oleh maharaja during the MIng dynasty

crown utk empress

cucuk sanggul pun ada.

bahagian belakang Ling 'En gate utk menuju ke tower gate

ni bahagian belakang Lin En gate tadi utk menuju ke gate tower. menurut kata our tour guide tu, gate kecik ni takboleh masuk kalau nk ke arah tower gate, kalau tersilap masuk, menurut kepercayaan dulu, kita takboleh keluar balik ke dunia sekarang. gate ni hanya utk laluan pulang shj.

tower gate

tunnel utk naik ke tower gate. 

lepas penat mendaki tangga, akhirnya berjaya sampai ke atas.

the tower gate

monumen in the tower gate

view dari atas tower gate. bukit bukau, breathtaking dan terasa udara yg fresh, jauh berbeza dgn Beijing. 

Actually kat belakang tower ni, ada bukit. Dan kat bwh bukit tu la emperor ditanam. Kawasan tu mmg takboleh masuk,even zaman dulukala pun tak semua boleh masuk ke situ, sbb dipercayai once masuk,dah tak boleh kembali ke dunia balik. Menurut tour guide kitorg, masa emperor dikebumikan, ada jugak gundik yg kena bunuh utk "dihantar menemani" emperor, tapi kubur gundik tu kat tempat lain.. 

view Ling 'En gate dari atas tower gate

nice view!

so lepas amik angin dan snpa2 pics, kitorg terus turun..

local fruits yg dijual di sekitar tomb ni.

so utk pulang, kitorg harus melalui gate ni..


tour guide duk beri penerangan bagaimana cara nak lalu gate ni. menurut kepercayaan dulu, kalau nak kembali ke dunia asal, hendaklah lalu ikut gate ni. dan masa melintas gate ni, hendaklah kebas2 baju dan jerit kuat2 "we are back!(kalau org melayu mebi ckp-dato nenek, anak cucu dah balik)!!" - in Chinese. :p  kalau tak buat, maka kononnya takdapat kembali ke dunia asal dan akan terperangkap dlm dunia after death. So masa nk balik ni, kami semua kena lalu ikut gate ni, sambil jerit kuat2 dan kebas2 baju&hentak kaki, menandakan kami dah kembali ke dunia asal.. :p


so bila kami dah selamat "kembali ke dunia asal", kami terus naik bas dan meneruskan perjalanan selama sejam setengah lagi utk ke our next destination..


to be continued.

No comments: