Muzium Negara.
Bak kata pepatah Melayu, jauh berjalan luas pengalaman. Berdasarkan pepatah tersebut, maka saya, suami serta seorang rakan sepengajian iaitu Hikmah telah bersepakat berjalan dengan mengadakan lawatan ke Muzium Negara England, atau nama rasminya
The British Museum. Lawatan tersebut telah dibuat pada 11 Mac yang lalu, iaitu pada hari Rabu. Tujuan sebenar lawatan adalah untuk melihat pameran Babylon. Pameran ini telah tamat pada akhir bulan Mac yg lalu.
Kami telah keluar seawal jam 9pagi dari rumah. Sebelum ke muzium, kami telah pergi ke pejabat pos, untuk mengepos bungkusan kepada seorang rakan. Pakcik yg menjaga kaunter di pejabat pos, amat terkejut dan tergelak apabila saya memberitahunya yg kami dalam perjalanan ke muzium, seawal jam 9pagi! Apa taknya, kami bangun di awal pagi dan terpaksa berebut dengan orang ramai yg hendak ke pejabat, semata2 kerana lawatan ke muzium. Inilah yg dinamakan bersemangat waja dan tiada kerja yg hendak dibuat di rumah!
Bersama rakan di depan muzium.
Muzium ini terletak di Great Russell Street. Kami terpaksa menaiki 2 buah keretapi bawah tanah (tube) untuk ke sana. Nasib kami agak malang kerana salah sebuah laluan (line) keretapi yg kami naiki telah mengalami masalah teknikal dan menyebabkan perjalanan tergendala selama hampir sejam. Ini telah mengakibatkan kami terlambat sampai ke muzium tersebut.
Ruang legar muzium.
Sesampainya kami ke muzium, kami terus pergi ke ruang pameran Babylon. Kami telah membayar sebanyak 7pounds untuk melawat pameran tersebut. Bayaran tersebut adalah untuk melihat pameran Babylon itu sahaja, sekiranya kawan2 ingin melawat pameran2 lain di muzium itu, tiada bayaran yg dikenakan (iaitu Percuma!)
Manusia berkuda ini berada di ruang legar muzium.
Pameran tersebut amat menarik sekali, dan juga amat mencabar keupayaan saya mengingati kembali Sejarah Dunia yg telah dipelajari dahulu. Namun begitu, kami terpaksa berebut dan berasak2 untuk melihat pameran tersebut di kalangan makcik2 tua dan juga makcik2 dan pakcik2 yg telah pencen- yg juga bersemangat waja di awal pagi dan mungkin juga tiada kerja hendak dibuat di rumah seperti kami. Kehadiran makcik2 tersebut telah menjadikan suasana di muzium pada hari itu amatlah meriah sekali.
Salah satu galeri yg ada di muzium ini.
Di akhir lawatan ,kami telah membeli cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia nanti, iaitu berupa rantai kekunci, buku cenderamata serta magnet peti ais. Secara tidak lansung, pembelian ini telah membantu saya menambah koleksi buku2 serta magnet2 peti ais saya, yg merupakan hobi saya sejak di Kuala Lumpur lagi.
Buku cenderamata, rantai kekunci dan magnet peti ais.
Koleksi magnet peti ais di Kuala Lumpur.
Sebaik sahaja keluar dari ruang pameran Babylon, kami juga telah pergi melawat ke ruang pameran lain yg percuma di muzium tersebut. Di ruang pameran yg percuma tersebut, sekali lagi kami terpaksa berasak2 di celah2 rombongan kanak2 sekolah tadika dan juga kanak2 sekolah rendah untuk melihat pameran. Suasana di situ amatlah hiruk pikuk dengan suara kanak2 tersebut, dan secara tidak lansung mereka telah menganggu konsentrasi kami dan mematahkan semangat kami untuk melihat pameran2 lain.
Ruang pameran yg percuma.
Saya betul2 dah lupa apa nama tiang ini.
Bergambar kenangan bersama puteri di zaman Firaun.
Kami terus keluar dari muzium tersebut, dan menuju ke Malaysia Hall untuk menjamu selera. Kami terpaksa manaiki 2 buah keretapi bawah tanah untuk sampai ke situ. Walaupun begitu, kami pulang dengan perasaan amat puas hati dan gembira kerana telah berjaya melawat muzium. Kami juga pulang dalam keadaan yg kenyang kerana telah menikmati masakan asam pedas ikan patin serta sambal tumis udang petai di malaysia hall dengan harga yg murah.
Kesimpulannya, saya berazam ingin melawat muzium2 lain di bandaraya London ini lagi di masa2 akan datang. saya juga berazam ingin berjalan2 lagi selepas ini, bersesuaian dengan pepatah; Jauh berjalan, luas pengalaman.
Di akhir kata, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. kalau tidak ke negara orang, manakan tau hujannya bagaimana.. jadi, mahu atau tidak, saya berazam ingin terus berjalan2 di negara2 orang selepas ini.
..