Monday, August 31, 2009

Mini murtabak

Haa, nih antara febret food kat pasar ramadhan gak nih.. ~Musim2 cuti camnih, mula la otak duk pikir pasal food jer kan.. dan mulala terasa nak merajin dan mengkreatipkan diri.. hehe :P

So hasil peng-google-lan aku, aku berjaya jumpa resepi murtabak nih.. Seperti biasa, jumpa kat website masak2 febret, myresepi. nak buat murtabak cam agak complicated, so aku opt for mini murtabak.. tak kisahla, asalkan ada rasa murtabak jer.. ;) memandangkan aku nih pemalas, untuk kulit murtabak tu aku just guna kulit popia jer, save the trouble! (malas nak uli2 doh + tebar2 roti nih weih!! )

Sonang ajer.. memula tuhs tumis bawang besar dan bawang putih yg dipotong dadu, bila dah garing, masukkan rempah kari dalam sesudu dua. Bila dah naik bau, just masukkan air, kentang (dipotong dadu) ngan daging cincang (aku just letak ayam jer, daging dah abis). Then season kan, kalo kering sangat, masukkan air. Angkat, letak dalam mangkuk dan masukkan sebijik telur. Kacau dan letak atas kulit popia. Bungkus la murtabak mini korg tuh sesedap rasa.. (kalo korg rajin, sila la uli2 doh dan tebar roti cam yg kat kedai tuh untuk citarasa murtabak sebenar!)

Pastuh goreng atas minyak yg sikit kat atas frying pan.. Camni lah rupanya lebih kurang.. aku nyer murtabak tu siap bocor2 lagi, sebab terlebih letak isi daa!! :P

Bolehlaaa kan? ;)
First attempt buat murtabak mini.. Seswai dibuat untuk minum petang/time ada member dtg melepak.. Preparation time dalam 30min jer..


Menu hari ke 10 Ramadhan:
Mini murtabak, kerutuk ayam dan roasted lamb.
Gambar takder, sebab duk kalut masak last minit, hampir terbabas waktu berbuka! :P

Sunday, August 30, 2009

Akok

Bulan2 posa camnih tak sah kalau tak pekena akok. (dah nama lagi org kelate-teganu kan,mulut pun duk teringin kuih2 manis jer.. hehe) dah dekat setahun lebih tak pekena akok nih..balik baru nih pon lupa nak makan kuih nih.. kalau bulan2 posa kat KL dulu selalunya kuih nih la antara fevret kuih kat bazar ramadhan.

Semalam duk google punya google, last2 terjumpa gambar nih:

Akok 3 segi DIY, perantau punya style. Obviously tuan empunya blog yg kreatif tuh adalah rakyat kelate/teganu yg duk obersee la.. Dia just guna toaster jer utk bakar akok tuh!! Comel je kan, cam rupa sandwich pon ada!hehe ~nih kalo makcik2 kat kampung tengok, mau nyer terpengsan tgk shape akok yg sungguh canggih nih!! ~sepatutnya kuih nih dibakar ngan sabut/arang, dalam acuannya yg dibuat dr tembaga.. Inspired by his (yup, tuan punya blog tuh adalah lelaki) creative ideas, aku pon terus terasa nak try buat!! ;)


Memandangkan dah seminggu posa, tp lom jumpa kuih muih melayu lagi, so gatal tangan nih terus menjadi2 ler nak mencuba! Terus google cari resepi akok nih, seb baik jumpa resepi akok kat myresepi. Resepi nih agak simple, rasanya memang direka utk golongan perantau pon.. ;P

Aku mix semua bahan2 ramuan dia ngan blender jer. Tuh pon seb baik terjumpa gula melaka dr dlm fridge.. Kalau ikutkan resepi, either kena mix ngan hand mixer atau pun tapis guna penapis utk buang ketulan2 tepung. Malas bebenor nak kuarkan hand mixer dari dalam gerobok, penapis lak tak wujud kat umah nih! Tuh yg timbul idea nak guna blender utk mix semua benda.. hikhikhik!

Aku just guna tray muffin jer.
~manala nak cari acuan kuih bahulu/akok kat kota london nih weihh!! :P

Pastuh bakar lak dalam oven. Masa tgh bakar tuh, mengembang naik adunan tuh.. ~sekembang perasaan ku yg nak makan kuih akok nih! :P

nih la rupanyer akok yg tgh dlm proses nak mengecut..

and.. voila! my very first attempt buat kuih akoks! ;)
berkedut2 cam mak nenek, walopon rupanya kurang memberangsangkan, tp yg penting sodap!! Alhamdulillah, at last merasa gak kami berbuka ngan kuih ni tahun nih,kat london lak tuh!! Sapa sangka, tetiba aku pandai wat kuih akok nih.. hehehe


dan nih pulak menu aku bukak posa petang tu :

Menu hari ke 9 Ramadhan:
Mee goreng basah (guna spegeti jer, mee kuning ada tapi mahal giloss!), paru bersambal dan kuih akok! hehehe yup! memang paru bersambal kureng masuk sket ngan mee goreng kan, tp belasah je la labuu!! :p

Paru bersambal (pun my first attempt buat jugak!)


Moral:
dimana ada kemahuan mau makan, di situ ada jalan nak membuatnya.. hehehe ;)

Iftar..

Almost everyday akan ada org duk tanya apa yg aku masak utk iftar (pelik gak, dolu2 org sebut bukak posa, skang nih tetiba jer smua org duk guna perkataan 'iftar'.. ) So biasala, nama lagi posa kat perantauan, memang agak mencabar gak la..

Tambah mencabar keimanan sebab kena posa dalam jangka masa yg lebih panjang dari Mesia. Kebetulan tahun nih posa time summer, so kul 3 pagi dah tercongok kat dapur masak etc, kul 4.10pg dah subuh. Bukak posa lak agak lambat, dalam kul 8.10mlm. So everyday, ada masa dalam 8jam jer utk aktiviti makan2 di waktu malam, ie we all kat Europe nih berposa average dalam 16jam lebih jer sehari.. ;)) memang menguji keimanan gak laa!!

Actually nih tahun kedua kami berpuasa kat London. Tahun lepas masa sampai London dah third week puasa, so dah sempat pulun sakan dengan food kat Mesia before datang sini. Masa the first 2weeks posa last yr kat Mesia, memang tak pernah masak kat umah lansung! Tetiap hari either bukak posa kat restoran, takpun g buffet kat hotels (sompatla p dlm 5 hotels jer dlm masa 2weeks kat KL last year!!!~ and that explains naper berat badan naik gila2 during the last few months kat Mesia! kumpul lemak siap2 utk musim winter kununnya la kan.. :P hahaha), dan paling koman pon 'buffet' kat pasar Ramadhan ~pernah wat keje gila kunun 'buffet' la kat pasar ramadhan, end up banyak giloss food beli.. pernah sekali tuh abis dlm RM50 just utk 2 org makan! hahaha membazir betul time tuh!!

So bila memula sampai London last year, tak terasa sangatla tekak nih nak makan food mesia ~lagipon masa tuh tgh homeless, duk kalut cari umah, nak settle down cecepat..so bukak posa pon makan megi jer, kalo makan nasik pon paling kuat makan nasik ngan Brahims, paling 'best' pon bukak posa makan Pakistani styled fried chicken ngan burger..

saja2 nak imbas balik bilik kitorg masa posa last year.. dengan microwave, mini bar kecik dan rice cooker yg dibwk dari Mesia tuh kami survive posa kat bilik nih utk hampir 2minggu.. tuh yg everyday makan megi, nasik dgn Brahims (or paling best pon makan ngan ayam goreng kunyit-goreng dalam rice cooker) dan beli burger/fried chicken pakistan.. pernah sekali tuh buat tomyam dalam rice cooker, guna perencah tomyam, tuh pun siap tutup fire detector ngan plastik lagi, takut benda alah tuh berbunyi! hehe ~nih baru boleh bukak citer balik, last year tak citer kat sapa2, nnti kang ada famili dr Mesia berlinang air mata teringat kat kitorg.. hehehehe :P


So tahun nih, iftar kitorg lebih 'proper' lagi la. At least inchik hubby merasa gak la berbukak posa dengan 2jenis lauk, takpun kalo hari yg rasa rajin sket masak 3jenis lauk (tu pun dah dikira mewah!) hehe..

Tetiba terasa nak berbukak posa makan 'masakan ala gerai', kununnya la kan.. :P So godek punya godek apa2 yg ada dalam fridge, nih menu bukak posa kitorg utk semalam:

Menu hari ke 8 Ramadhan:
Paprik seafood, ayam goreng kunyit ngan telur dadar jer. Makan ngan air sirap~dah angkut siap2 5botol sirap Tamim masa balik Mesia bebaru nih-punya la malas nak masak air gula sendiri buat sirap, sanggup angkut sirap sejauh 13000km ke london! :P

kuih? ielekk!!

usahkan kuih, sayur pon takdak! hehehe

Paprik sotong dan udang. sayur tarrak, dah abis.. malas nak turun beli, just masak apa yg ada dlm fridge jer.. tu pon seb baik jumpa serai yg dah berkurun duk dlm fridge! Daun limau purut pon jgn mimpi la nak dapat, kalo ada pon mahal teramat!



Best tak?
Penuh dengan kesederhanaan dan keinsafan! ;)



Saturday, August 29, 2009

Joli@Paris (the finale)

Third day:

We all sambung naik turun bus takde bumbung... Pusing2 mana2 tempat yg tak sompat nak dipusing dan diposing lagik..

Kalo ke Paris, for sure ler wajib g ke muzium nih..

Le Musee du Louvre

Nih muzium yg paling besar kat France dan muzium yg ramai pengunjung kat dunia! Louvre nih dulunya adalah sebuah istana raja, start dibina dlm kurun ke 12. Lepas tuh, dlm tahun 1670an, raja2 semua pindah ke istana baru, Louvre nih dijadikan muzium utk pamerkan koleksi diraja dan sempat jugak dijadikan sebagai sebuah akademi pembelajaran. Masa French Revolution, barula Louvre nih dijadikan sebagai muzium sepenuhnya untuk pameran harta2 kerajaan Perancis. (cheewah, cam ahli sejarah lak aku! :P)

Kat dalam Louvre nih ada banyak gilos pameran2.. dari sekecik-kecik paintings hinggala sebesar2 paintings, sculptures, harta2 peninggalan kerajaan beraja French dolu2, peninggalan bersejarah kerajaan Greek, French, Roman, Islamic Arts dan macam2 lagi..



nih bahagian luar muzium tuh..
~ala, muzium ngan piramid transparent yg duk ada dalam citer Dan Brown Da Vincci Code tuh! :P

camnih la gayanya kalo seseorang tuh rasa nak jadi giant+try pegang Lovre Pyramid..

view dari bawah piramid..

Actually piramid nih baru jer dibina, dalam tahun 1989. Kontroversi gak la masa kerajaan Perancis buat piramid nih, orang ramai marah sebabnya nampak cam out of place- monument baru dibina ditengah2 building lama, dan merosakkan view istana lama sekelilingnya (sebab ia dibina betul2 kat tengah2 kawasan istana tuh). Tujuan asal piramid nih dibina sebab nak ganti entrance lama ke Louvre yg dah takleh nak tampung visitors yg ramai tetiap hari.

Kontroversi bertambah bila diorg claim yg glass panel piramid nih berjumlah 666. kalo ikutkan 666 nih nombor syaitan (number of the beast, dalam kristian)... siap even mention dalam citer Da Vincci Code Dan Brown.. Tapi gomen Perancis menolak claim tuh. Jumlah sebenar? dalam 673-679 laa... Ntoh ler, tetiba rasa konpius! Takyah la bizi pikir2, semua tuh khurafat belaka! :))


nih salah satu hall dalam Louvre. dah nama lagi istana lama kan, sure la grand gilos! sakit kapla duk terdongak2 sepanjang hari!

ceiling lagik! cantik,kan?

the original Monalisa! gambarnya cinonet je, tapi orang yg nengok tuh, ramaiiiii!!!!!!! siap ada guard lagik 2-3 orang, memang takde harapan nak tilik dari dekat la! ~aku duk perati gak, kot2 mata monalisa nih boleh kenyit2 mata..cam yg dalam iklan tuu! :P

paintings.. nih kat area paintings yg besar gedabak semua.. semua paintings nih priceless!!

painting nih pasal testament apa ntah dlm bible. tuh yg mat saleh duk pakat kerumun tuh..

salah satu hall dlm louvre lagik..


okies.kuar dari Louvre, kami pergi pulak ke tempat wajib pergi kat paris. Nak g tengok menara tersohor skali kat Paris/kat dunia nih.. Memula turun kat Trocadero. Trocadero nih kira tempat yg paling strategik skali nak tgk view Eiffel Tower.

Trocadero


View dari Trocadero.

dari Trocadero kami berjalan kaki ke Eiffel Tower. Dekat jer, dlm 10min jalan kaki.

orang Perancis cakap "Tour Eiffel"

orang putih cakap Eiffel Tower!


Lepas dah abis pusing dan posing, terus naik bus lagi. Pusing2 Paris lagi dengan bus takde atap tuh! Amik seat baikkk punya kat atas bus, then pasang earphone dengar explanation tourist guide. (layan gambar jer la noo!)

HRC Paris. Tempat wajib pergi setiap kali pergi obersee.
~ ada org obsessed kumpul HRC t-shirt & fridge magnet.. :P

Gare du Nord (diorg nyer main railway station)

dah lupa apa kenamanya statue nih.. hehe





Pantheon
zaman dolu2 dibuat sebagai church. skang nih dah tukar jadi kubur daa! antaranya kubur Alexandre Dumas yg tulis buku The Three Musketeers tuh..

masa nih kat Les Invalides. Tengah tunggu nak tukar bus.


Banyak jugakla tempat yg berjaya dicover.. lebih kurang dalam 3/4 dari Paris jugak! Bila semua dah kepenatan petang tuh before balik, my FIL belanja makan2 pasta and pizza! Kalo kat London, restoran nih nama dia Pizza Express.

semua dah tak larat nak posing..

even my anak buah pon dah panchitts!!


Nih my meal : Seafood Risotto

balik dari makan tuh, jalan kaki depan GAP Kids nih. Tetiba nampak budak kecik tuh buat lawak. Mati2 ingatkan patung, rupanya budak yg kebuhsanan tunggu mak dia sopping! dia buat2 jadi patung!

Malam tuh lak, bila semua orang dah kecapetan, aku n hubby kuar lagi.. sambung klik-klik kamera di waktu malam. Tapi dah tak larat bangats nak jalan ke Eiffel Tour utk amik gambar. End up amik gambar kat area2 apartment kitorg tuh jer..

Opera National de Paris. est 1672.
kira cam opera/teater house diorg la nih..

Dalam duk pusing2 tuh, terjumpa opis Tourism Malaysia.


balik dr paris, kitorg smua jadi 'tanned' dan dehydrated! muka,hidung,kaki semua dah berbelang! hehe aku dah jadi golapp!!!~huhuu!! panas terik, dia punya suhu mencecah sampai 33C!!! lagi panasss dari mesia, sebab udara dia tak bergerak/takde angin lansung!!

NB: muka ku yg dah tanned habis!
masa nih kat dlm bus, tgh penat sesangat.. duk belakang sekali, aku conquer 2 seats nak relaxkan kaki.


Esoknya tuh kitorg balik ke London semula. Sebab dah pancit, semua dah malas nak kuar lagi, lepas ucap babai kat apartment kat Rue Godot De Mouroy, we all terus naik Metro ke Gare du Nord, naik Eurostar kul 1ptg..