Friday, August 21, 2009

...selingan...

Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya ayah aku didiscaj dari IJN jugak akhirnya semalam! Syukur, at least merasa jugakla my parents berpuasa kat Terengganu, selepas berbulan2 duk menghuni kat IJN. Rezeki bulan puasa!

Kes bermula masa my parents ke umrah akhir tahun lepas. Balik dari umrah, he was suspected of having mild stroke kat Mekah (out of sudden, tangan kanan dia lenguh2 dan takleh buat kerja berat). My dad terus ke HKT, lepas wat ECG dan stress test dia direfer ke IJN untuk angiogram. Angiogram dibuat pada 17 Jun 2009. Result angiogram agak mengejutkan,sebab simptom dia agak mild, tapi rupanya dia ada severe 3 main arteries blockage! then terus dinasihatkan wat emergency bypass, bypass dibuat pada 24 Jun 2009. Selepas bypass, my dad still kat wad untuk observation. Then didiscaj untuk 5hari, tetapi re-admit balik pada 13 Julai sebab infected wound kat tempat operation. Eventho infected wound tu belum betul2 sembuh (memakan masa agak lama untuk sembuh sebab my dad is diabetic), tapi alhamdulillah semalam, akhirnya dia didiscaj jua dari IJN!

Actually agak risau jugak, sebab perseverence my parents nak stay kat IJN dah berkurang. ~Ya la, sapa yg boleh tahan kalau nak kena duk wad sampai berbulan2, paling teruk sebab nak kena makan makanan wad tetiap hari.. Tambah lak kalau kena puasa dan raya kat wad, lagi la sedih! Nauzubillah!

Eventhough tahun nih tak dapat puasa dan raya kat kampung halaman, tapi aku dah cukup hepi sesangat, sebab at least ada jugak rezeki parents aku balik berpuasa kat kampung halaman sendiri, selepas 2 bulan lebih menghuni wad IJN.. Apapun, I pray for my dad speedy recovery. Insya Allah murah rezeki, harap2 my dad dapat sembuh seperti sediakala. Murah rezeki lagi, Insya Allah aku dan hubby balik berpuasa dan beraya kat Malaysia next year! Ameen!

Selamat menunaikan ibadat puasa!

2 comments:

arapink said...

alhamdulillah...moga bertambah sihat

selamat berpuasa :-)

wan said...

arapink: thanks.. selamat berpuasa to u too! thanks for dropping by..