Saturday, December 5, 2009

Rombongan skolah

Ohh, rasanya dah lama gilos tak join rombongan2 nih. I mean the real school trip, not rombongan cik kiah yg naik keta ber-aircond,duk kat hotel, whatsoever tuh.. the one organized for school kids, in a school bus, and of course with cheap fares [as part of the fares will be sponsored by school]!

The last time was in 1996, just after my SPM exams. I joined my school trip (from Terengganu) to KL, Melaka and Penang, if I'm not mistaken. hahahha sila la gelakkan saya, yer! saya join rombongan skolah utk ke kolumpo, ye kenkawan!! ya, saya budak kampung dan bersekolah di kampung, so adalah satu kemestian sekolah2 seperti ini akan anjurkan rombongan ke kolumpo. masa tuh rasa cam world jer kan! hehe actually bukannya tak pernah ke kolumpo pon, slalu duk ulang alik KT-KL since my arwah atok dan nenek pon duk PJ dulu, tapi sesaja nak enjoy rombongan skolah.. hehehe masa g rombongan dulu tuh, siap tido kat hostel lelaki Sek Alam Shah lagi kat Cheras. dan kondisi hostel tuh amatla menyedihkan, dan rasanya tak perlulah dihuraikan lebih lanjut lagi di sini bagi mengelakkan kemarahan dan menutup keaiban bebudak SAS. hehehehe :P

Okay, so nak dijadikan cerita, last 2 weeks, my frens from Eastman Dental Institute ada menjemput my hasben and i to join their skool trip! actually the trip was organized by UCL student union, tp ada spesel offer dari kenkawan UCL utk menyeludup kami2 warga QMUL dan my hasben utk ikut serta. Ibarat org keboringan yg dioffer berjoli katak, tanpa berpikir panjang, terus join ler.. dahla murah, fees just GBP13 jer, utk daytrip ke Stonehenge dan Salisbury. dikira murah la, sebab perjalanan ke Stonehenge tuh sahaja memakan masa hampir 2jam dari London. dah kira lagi murah dari harga sewa keta, minyak keta, tol etc..

dan seperti yg dijangkakan, mostly bebudak undergrads je ler, dan kami berenam nih jer budak postgrad yg join rombongan tuh! dan rasanya kami bertiga (hikmah, saya dan hasben) jer yg bukan warga UCL tp menyibuk join rombongan tuh [dan jugak menyebabkan beberapa org warga postgrad ucl frust sebab tiket dah abis+tak dapat join rombongan tuhs!hehehe].. thanks to dxoul, rizuan dan cik lini sebab berjaya merebut tiket rombongan dengan cekap dan pantas sekali.


Rombongan bertolak tepat kul 9pg dari UCL main campus. Kul 8.30pg dah tercongok kat Euston Station. kunun sebab nak berkumpul beramai2 dulu ler seblom ke main campus. seb baik tak kena tinggal since ada ahli rombongan bangun lambat.. hehehe cuma ahli tersebut boleh dimaafkan sebab dia datang dgn membawa sogokan sandwich sardin yg sodap! :P

Sampai ke Stonehenge dalam kul 11pg, cuaca kurang memberansangkan sebab mendung jer dan sejuk gilos sampai ke tulang pada hari itu! Actually for me and hasben that was our 2nd time to Stonehenge. we first went there last summer, cuma masa tuh tak masuk dalam ler, since masa tuh agak kedekut sebab malas nak bayar entrance fees yg mahal gilos!

nih gambar last summer. masa nih tak masuk dalam pon,amik dr luar pagar jer- sebab malas nak membayar entrance fees yg mahal semata2 utk tgk batu-batuan jer.. [punyala kedekut! tp boleh dimaafkan la, since we were going to Swindon Factory Outlet, just after lunch in Stonehenge! kira betul2 save duit for sopping till the very last minute la nih!! hehehe]

but at that time, the weather was so nice (it was summer). so sempatla ke Stonehenge Down kat sebelah batu-batuan tuh.padang rumput tuh saujana mata memandang! dan sempat jugakla berpiknik lunch kat atas rumput yg menghijau nih.. dan jugak buat aksi2 hindustan tido baring tergoleks dsb kat atas padang rumput nih! :P


but last 2weeks, we went in the park.so kiranya boleh ler melihat batu2an tuh dari jarak yg lebih dekat (walopon takdeler dekat mana: takleh nak sentuh pon,sebab nih kan World Heritage!). the entrance fee was cheaper this time, since this is skooltrip kan.. :P so sempatla amik gambar bebanyak dan dapat jugakla manfaat daripada audioguide yg diberi pinjam sepanjang berada di dalam park tersebut. so tau jugakla sedikit sebanyak sejarah batu-batuan misteri nih.

wajah2 ceria peserta rombongan (walaupun tahap sejuk memang tak tahan gilos! gales kuat bangat!) maybe sebab dapat tengok one of the seven wonders of the world kot.. hahaha :P

nih ler batu-batuan paling glamer skali kat dunia nih. kalah batu belah batu bertangkup..

Actually Stonehenge nih adalah monumen pra sejarah, dan merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia. batu2an nih berumur lebih kurang sebaya dgn piramid di mesir, dipercayai didirikan lebih kurang 2500BC!

full version batu2an Stonehenge. skang nih tinggal beberapa ketul jer.

dolu2 Stonehenge nih pernah menjadi kubur, dan mayat terawal pernah dijumpai dipercayai ditanam lebih kurang pada 300BC. kewujudan batu2an nih adalah mistik, byk jugak teori dibuat berkenaan camana batu2an besar nih disusun dgn cantik skali [ye lar, zaman dolu2 mana ada kren.. semua pakai tenaga manusia takpon dgn bantuan benda ghaib/jin... jeng..jeng..jeng..]

Selepas habis pusing2 dan bergambar sakan kat Stonehenge, kami dibawa pula ke Salisbury, dalam 40min dari Stonehenge. Salisbury ni adalah medieval city (Middle Ages), dan dipercayai dah ada settlement kat bandar nih sejak zmn Sebelum Masihi lagi.

Jenjalan kat Salisbury town.

sungguh aman permai bandar nih. kompom takdak pencemaran.

muka tgh kontrol senyum. ada makcik lalu seblah nih bawak anjing besar!

partners in crime nih! geng berjoli-loli..


Sempatla berjalan2 dan sempat ke cathedral tersohor kat sini, Salisbury Cathedral. cuma nasib tak menyebelahi kami, hujan tetiba turun dgn lebatnya di Salisbury! walopon basah gilos, tp still maintain bergambar2 dan posing2 sakan di bawah naungan payung2 yg dibawa.. pada masa nih la kehebatan payung masing2 diuji [angin/gales tersangat kuat skali], dan kehebatan payung saya ternyata amat hebat, dan tidak kalah kepada angin gales yg kuat tuh.. maklumler cap M&S [riak seketika], dah pakai setahun lebih tapi masih utuh lagik! [promote] hehehe


Kami sempatla berhenti borak2 makan2 dan borak2 lagi sementara menanti hujan berenti. dan sempatla catching up with each other [walopon selalu jer jumpa kan], bergosip dan planning for our next trips sambil makan kopok leko yg i bawak kat gereja tuhss!hehehe dan sememangnya menjadi jelingan para makcik2 dan pakcik2 [mostly semua warga tua kat situ] sebab membuat bising dan bergelak ketawa dgn kuat sekali di rumah ibadah mereka (agaknya lar), atau pon sebab teringin nak merasa kopok leko keras dan sejuk beku ku-yg ala2 cigar tuh (agaknya lagi).. dan kami tidak ler join tour cathedral tuh, sebab nak kena bayar GBP8, just utk tgk gereja [membazir]...

kat sini ler kami tumpang berteduh sambil makan kopok leko versi sejuk beku. dan jugak berborak panjang. ~gambar kitorg makan2 terlupa nak ambik.

Disebabkan hujan tak berenti2 jugak, kami decide meredah jer hujan dan meneruskan perjalanan merayau2 di sekitar bandar tuh. So sempatler meredah hujan utk sampai ke rumah bekas PM British dolu2 iaitu Robert Cecil (dia nih anak kpd Marquess Salisbury) dan Army Museum (Rifles Museum).

the spooky prime minister's house. hahaha

Cuma agak terkilan rasa di hati sebab tak sempat nak singgah ke Charter Market yg dikatakan dah berumur 800 tahun tuh... Namun begitu, kami berjaya jugak singgah ke Tesco Metro dan jugak Sainsbury@Salisbury bagi mengubat hati yg kempunan nak ke Charter Market tuh..

gambar klasik naik bas rombongan. nak kena simpan gambar nih tunjuk kat anak cucu cicit: zaman2 hidup susah di perantauan katakan.. hehehe :P

Kami bertolak balik ke London dengan menaiki bas yg sama pada pukul 5 petang dan berjaya sampai semula kerumah pada pukul 9mlm.

Sekian cerita rombongan skolah saya..

2 comments:

Zaila Mohamad said...

Bestnya kak..xkisahlah rombongan bas sekolah pun janji dapat p tengok pemandangan yg menarik..bilolah Zaila dapat g tempat2 tuuu..owh..i'm so jealous of you^__^

wan_syahira said...

nk p sane!!!!!