Sunday, January 24, 2010

Lazy Sunday

Memang betul2 weekend pemalas sedunia. Eventhough the weather is getting better now, but we are still in hibernation mode. Tak keluar ke mana2 pon. Since hari sabtu dah malas nak masak (ari sabtu kitorg makan sekali jer; brunch+dinner=brunner? hehehe), so harini terpaksala merajinkan diri memasak proper meal..

Untuk lunch we had chicken curry, ikan bakar, ulam timun dan semestinya dilengkapi dgn budu!! dah nama org pantai timur kan! :P actually kitorg dlm proses nak perabis rempah kari adabi yg berkilo2 kat umah ni, dah nak expired dah pon!maklumla, everytime member dtg dr mesia/balik mesia sure akan bwk buah tangan rempah kari adabi.. hehehe ikan bakar lak kitorg bakar dlm oven jer. guna fresh sea bass (siakap) yg beli kat butcher.

Budu tu pulak kitorg terjumpa kat kedai cina kat north london, made in Thailand. diorg panggil ni anchovies cream. :-) rasa dia? sedap! kiranya boleh lawan budu cap ketereh jugak la.. :P so kiranya harini memang makan tak hengat jugakla, since dah lama tak buat kari dan dah lama tak jumpa ikan bakar+budu! hehehe :P


and this is what we had for dinner: :-)


Yeah! my very first attempt..

Roti jala!!

yg penting, menjadi!! :))

dan semestinya, Yummy!! *wink*


p/s: dah penat menjala ptg tadi, snap la gambar byk skets, tambah lak sebab excited takde satu pon jala yg koyak..hehehe saja2 nak mencuba my photography skills. kali ni pinjam dslr hubby. selalunya guna my lumix camera jer..

8 comments:

eynda said...

Aduhhh...roti jala tu buat eynda lapar pagi2 ni :-)

shaz said...

and now I shall go hunt for anchovies cream in Perth...kalau London ada, tak kan Perth tak ada kan...:)

Pinkwatch said...

ehehheheh! dulu sokmo saya beli yang anchovies sause tapi yang filipines ke vietnam punyer.. bukan yang thailand.. tp dia keruh sket... kadang2 ikan bilis nye tak hancur.. tgk kat foto nie, hok cap thailand nie molek jugak napok... hehehehe...

budu cap ketereh atau cap limau tak buleh lawan la kot.. eheheheh.. ;)

mohdandmeriam said...

Ja, terliur mama tenguk dinner ja ni terutama budu tu. memang sedap budu dari thailand, kalah budu cap ketereh/limau nipis tu.
cantiklah rupa roti jala ja tu.ja guna acuan yg mama bagi tu ke.cantik daripada yg mama selalu beli untuk raya tu.

Hana' Yusuff said...

wah...baru je ptg tadi dok terpk2 nak buat roti jala.. terus ternampak pula kat sini :)

HANS XY@HANS 21..MY FAVOURITE NICKNAMES.. said...

kasi leleh air liur nih..ha4

che'puan Idot said...

pun sama tumpang meleleh air liur!

baru ku tahu anchovies sauce adalah nama lain budu.

jgn marah, tapi sejak kecik ingat budu adalah made from berudu.
ni member sekolah rendah la yang tipu.
terus sampai ke tua, agak takut nak mene'try budu ni.
again, budu bukan berudu.

Wan said...

eynda & hana: sebab teringin nak makan punya pasal terpaksa buat la.. seb baik menjadi. hehehe :)

shaz & pinkwatch: try la cari kat perth. sure ada.. kadangtuh diorg tukar nama jer, tp asasnya adalah budu! :) tp sedap jugak budu nih, rasa dia tak lari jauh dari budu mesia. tp tak byk pun kedai yg jual, tu yg kadangtu skali borong smpai 1dozen terus! kadangtuh cashier pon pelik, even ada yg pernah tnya nak buat apa beli bebanyak! hehehe

hans: ..hingga menjilat jari! :P

ida: budu bukan berudu, tapi sos ikan bilis/anchovies sauce! try lar.. ;)