Trip start seawal kul 5.30pg. biasalah janji kul 6.30pg nk jumpa kat Limehouse DLR station, tp kul 6.35 baru sampai, sebab tuan empunya blog ni terlepas train la pulak, gara2 nak terlupa top-up oyster+terlupa nak kuarkan duit siap2 (nama lagi last minit plan kan).. so terpaksala the other company yg sampai awal menunggu! hehehe tp alhamdulillah by kul 6.45pg camtuh dah slamat sampai dah! lepas kamikaze jalan2 sukahati jer main redah based on google map, berjaya la sampai dlm kul 6.50 camtuh. kira not bad la kan, sbb mmg dah budget nak sampai dlm kul 7am kat sana..
kitorg buat trip memancing ikan kat sini lar.. :p Billingsgate fish market.. the oldest and largest UK fish market!! est in the 16th century!! surprisingly market ni terletak just behind pusat perbankan UK (canary wharf)!! ada headquarters HSBC, Citibank dan jugak Bank of America! hebat tak pasar kitorg g beli ikan? :p hehehe
the entrance..
seafood ala2 lambang 'shell' tu pon ada! yg hitam tuh kalo tak silap siput sedut. stkt lobster, lala, udang, ketam memang banyak bersepah lar!
even bamboo lala pon ada! tp saiz dia besar giler! sejengkal panjang!
partner's in crime!muka ngantuk tp eksaited nak beli ikan. :p tp unfortunately budak under 6yrs old tak dibenarkan masuk! so terpaksala her hubby jaga Irfan sementara kitorg bersopping!
dan utk elakkan crowded (agaknya) diorg larang shopping trolley dibawa masuk! ada tmpt parking kat luar entrance nih.. takde org jaga, takyah amik nombor cam kat supermarket tu. dan takde org teringin nak curi pon. kalo kat mesia ni sure dah ada org buat muka selamba merembat kot? sebagaimana org dgn selambanya dan takde rasa bersalah mencuri coins dan beras yg tumpah masa eksiden kat PLUS hiway tuh?! *sigh*
otw balik sempat berenti posing2 kat canal sebelah market tuh.. veryy nice view! dan ada apartments overlooking this canal! memang cantik!!
siap ada yatch bay lagi. memang area apartment org kaya nih tapi duk seblah market ikan!
otw balik dgn hasil tangkapan. berjaya rembat 3 bags besar! :p
owh otw balik ni my fren tuh ajak singgah umah, pekena nasik lemak daun pisang yg sodap tuh!! memang yummy, teringat zaman2 ke pasar tani Shah Alam, sure ada aktiviti pekena heavy breakfast lepas beli barang basah! hehehe
.........dan hasil tangkapan berhemah kitorg??
paling puashati dapat beli ikan salmon nih! besar dan berat giler, baru 10pounds seekor!!
dahla fresh giler lak tuh!! so kitorg pakat beli sorang seekor! lepas ni kompom puas hati makan salmon!! :p kalau kat ASDA/butcher biasa, 3keping kecik salmon dah 4-6 pounds, tak fresh lak tuh!! so lepasni haruss lah makan salmon sepuas hati sampai lebam! kat mesia mahal giler, dan confirm tak fresh! so salmon steak, baked salmon, kari salmon or salmon goreng kunyit cicah budu? :p
ikan merah nih plan nk wat kari kepala ikan. or asam pedas. or even sup ikan merah. just 6pounds seekor besar nih! semestinya la fresh!!
operasi mencari resepi haruslah diteruskan!! :pp
stok ikang. tetiba rase macang duk ganung! ;p 3 bag besar ikan kembung baru 5pounds. ikan kembung utk kopok lekor (semestinya), kembung masak kunyit-lengkuas ala2 nasik berlauk, singgang kembung or even utk buat kuah laksa? :pp
ketam sekilo baru 7-8pounds, depends pada jenis. fresh jugak! :p masak lemak cili api or ketam masak pedas bertelur? ;p
3plastik besar big frozen prawns baru 10pounds (kalo kat butcher dlm 5pounds satu bag)! niat dihati nak beli fresh prawns (dlm 25pounds sekotak 4-5kilo), tp mana nak sumbat? next time confirm akan kuangkut jugak! hehehe
hasil pembelian berhemah kitorg.. heheheh skang ni pening nak simpan mana! seb baik kitorg ada sistem pem-frozenan yg bersistematik!
okayla, dah panjang lebar bercerita. nak g google resepi utk lunch lak nih!! :pp