Harini lak ada seminar sebelah pagi, dan petang lak ada klinik cam biasa. Actually memula asal tuh memang plan nak apply cuti/mintak day off daripada lecturer. Tapi semua org segan nak mintak, sebabnya harini prof 'besar' punya kelas.kiranya dia nih antara prof yg paling disegani dan paling direspek kat qmul, dan dia nih pernah jadi dekan dental qmul dulu (relevant tak?). rasanya kalau mintak off pun, kompom dia akan bagi (since 6 out of 7 are Muslims), tapi sebab segan punya pasal dan masing2 nak jaga nama baik sendiri dan we all takmo menampakkan yg muslims nih tak flexible, we all decided to celebrate raya at skool jer.. [bagus tak??:p]
Sejak we decided nak celebrate raya kat skool, my muslim classmates plan nak buat potluck party jer masa seminar tuh. so lepas duk brainstorming nak masak apa dan bahagi2kan tugas memasak, akhirnyer berjaya jugak ler jumpa menu special delicacy yg simple, sedap dan dgn anggaran mat2 saleh nih suka makan..
So malamtadi lepas seharian kat lab dan klinik sempat ler menggagahkan diri merebus nasik impit dan merendang. seb baik saki baki rendang liza'r ada lagi dlm fridge. so kerja teramat sangat mudah, dengan hanya memotong daging dan campak jer dalam kuali bersama2 dengan santan dan paste rendang tuh.. dan lepas kacau beberapa kali, terus bertukar menjadi rendang yg amat sedap dan authentic!!
buat nih sambil2 tgk tv jer, hasilnyer sungguh memberangsangkan! takyah guna blender, bawang, serai or whatsoever bahan2 lain.. hehe
seriously paste2 masakan dari liza's nih sedap giler, cam homemade food, dan sungguh mudah! paste nih kitorg borong masa balik mesia arituh, dia ada jual kat pasar TTDI. segala macam mak nenek paste masakan ada, semua sedap2! yg paling best sebab kat dalam paste nih memang siap sedia skali ngan daun2 kunyit lagi (kalo utk rendang) dan daun kesum dan bunga kantan lagi (kalo asam pedas)!memang teramat sesuai utk surirumah, wanita berkerjaya dan lelaki bujang yg ingin mengimpresskan tetamu dgn gaya masakan yg sedap dan versatile tetapi amat mudah utk dimasak! *sesapa plan nak dtg london/nak balik mesia pls inform, nak wat pesanan borong liza's paste!* ok kembali kepada cerita my rendang tadi... lepas settle merendang, dan calling2 ucap slmt raya aji kat parents on both sides, baru ler tido.. :PPepagi buta bangun sempat jugakla melepak sambil kolling2 parents lagi-saja nak perabih prepaid kad. My elder brother balik beraya kat teganu this time around (last time dia beraya kat spital-onkol- on the 1st and 2nd day raya, and back then my dad was still unwell. so everybody was not in the raya mood lar..) Kiranya kalinih meriah la sikit compared to last raya posa, at least ada anak dan cucu3 balik, siap dgn cucu baru lagi..
Sebab kebuhsanan dan kelaparan, sempat jugakla masak mee kari utk hidangan kami2 berdua beraya. tuh pon plan last minit, kul 8.30pg terasa nak makan, by 9.30pg dah selamat menghirup kuah kari yg sodap! tenkiu kepada liza's paste! *makcik liza, tolong ler post kat sini sikit as commisions dan jugak utk tujuan promotion! :P* by 10 am, dah selamat ke skolah! :P
Lepas seminar, dlm lunchtime we all menjamu selera.. nasi impit, rendang, kuah kacang dan kuih apa ntah yg ala2 pegedil budak pakistan yg buat.. berselera giler diorg nih makan malaysian food.dgn prof2 skali berselera! hehehe my colleague pon suka bangat ngan rendang dan kuah kacang. siap ada yg hirup camtuh jer kuah kacang cam ala2 sup gitu! dan ada jugak yg makan rendang dengan kuah kacang (tanpa nasi impit)!!! tp td penat gakla nak explain camne nak buat nasi impit, dan camne nak make sure beras2 tuh terhimpit di antara satu sama lain..sebab diorg takleh nak imagine camne nak pressed kan nasik tuh! hehehe :P sebab duk bizi makan2 terus terlupa nak snap gambar! dan tenkiu jugak kat hikmah dan lini yg bersusah payah pack kan sate [spesel food utk malaysian studentjer nih] utk kitorg bwk balik!
Okies. petang pulak ada klinik. Actually book sorg jer pt, dan treatment yg sungguh simple yg patut boleh siap dlm masa 15minit [kunun nak balik awal ler], tp still makan masa dekat 2jam nak siapkan.. sebabnya duk sibuk berDAKWAH! hahaha makcik minah saleh nih dah dkt 70thn, tp cam tak exposed sgt dgn Islam, tuh yg cam byk duk diskas dan explain pasal ajaran2 Islam kat dia. dia siap kagum2 lagi sbb org Islam berjaya posa sebulan!~actually dia baru tau yg muslims puasa 1bulan di bulan ramadhan, tuh pun lepas i cakap kat dia!!~
dan siap terkagum lagi dgn experience dia kat Brunei, dia ckp lebih kurang camnih: "i went to visit a spectacular building in Brunei with majestic pillars and gold dome. there was once a noise [azan] coming out from that spectacular building [mosque],when suddenly Muslim men parked their cars and left their jobs and ran towards the building [mosque], as if they were in a hurry, to listen to a speech and then pray [solat jumaat la kot]! it was an utterly great experience for me to watch something unique like that..and i was surprised to see how they took off their shoes and they seemed didn't have any trouble finding their shoes back again after the prayer!" :)) sebagai org Islam, tetiba terasa terharu dan bangga jugak la..dan baru i tau apa pandangan/view non muslims bila tengok muslims beramai2 berkumpul dan solat! dan banyak jugakla dia duk tnya soalan2 basic pasal Islam kat i, daripada naper org Islam takmakan bab*,naper tak minum alkohol, boleh ker Muslims masuk pub, naper takleh pegang anjing sampai la kpd solat etc etc..which made me think, dakwah Islam ternyata tak sampai ke seluruh bumi UK [not even to seluruh london] ni lagi!
By end of the day, balik umah kepenatan! :D
1 comment:
wah...bestnyer...why x try mskn master sifu lak? hehe...thn dpn wat nasik dagang ek ;)
Post a Comment