Tuesday, November 10, 2009

Thorpe Park

Pada hujung minggu yg lalu saya bersama2 rakan sebaya telah pergi bermain2 di taman tema yg terulung di UK,iaitu Thorpe Park.Minggu lepas adalah merupakan minggu terakhir taman tersebut dibuka kepada umum seblom ianya ditutup selama beberapa bulan sempena musim salju.

Seramai 6 org mengikuti lawatan tersebut, iaitu diketuai oleh Lini, dan dianggotai oleh Mr Dxoul, Mr Rizuan, Mr Marwan, Cik Hikmah dan juga saya. Kunjungan kami ke taman tersebut adalah free memandangkan kami mempunyai pass berjoli-loli tahunan iaitu Merlin Pass. Kami berkumpul di Stesen Keretapi Waterloo sejak awal pagi lagi, tetapi disebabkan kelewatan ketibaan cik puan organizer, kami telahpun ketinggalan keretapi pertama ke Surrey. Tiada apa yg boleh dibuat, melainkan bersabo sahaja la adanya.. :P


Kami menaiki keretapi South-Western dan turun di stesen Seines.dan sampai ke Thorpe Park lebih kurang pukul 10pg. Kami sempat berbrekfast dengan burger ayam (tajaan saya) di tepi tasik berhadapan dengan pintu masuk taman Thorpe tersebut sementara menantikan Dxoul dan Rizuan meng-activate kad Merlin mereka.

Pada masa gambar diambil, mereka2 ini telah menyumbat sejumlah besar burger ayam ke dalam mulut masing2 menyebabkan mereka2 ini kelihatan amatla tembam. :))

Sebaik sahaja masuk ke dalam taman tersebut, setelah sessi bergambar dan jakun-menjakun selesai, kami terus ke tempat pertama permainan iaitu Colossus. Saya dan Cik Hikmah serta Mr Rizuan tidak ikut serta kerana saya mempunyai masalah gayat yg agak serius.

Inilah dia Colossus. Rollercoaster nih agak panjang dan melingkar2.

Sebaik sahaja mereka turun dari Colossus, kami telah berpecah kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan Extreme Thrill (diketuai Lini, dan diikuti dgn Dxoul dan Rizuan), serta kumpulan yg amat menjaga kesehatan jantung iaitu kumpulan Fun &Thrilling (diketuai incik Marwan, saya dan jugak Hikmah).

Kumpulan Extreme Thrill telah berjaya menaiki Saw Ride ini.

*Gambar ini diambil semasa mereka sedang menaiki Saw Ride. Saya telah mencurik gambar ini daripada Dxoul, kerana saya rasa gambar ini amatla menarik sekali, di mana ia menggambarkan reaksi muka yg berbeza2 di kalangan mereka ini,bergantung kpd tahap kecekapan masing2 ..*

Manakala kami (iaitu kumpulan Fun&Thrills) telah berjaya menaiki cawan berputar ini.

Kami juga dapat menonton tayangan gambar 4D di situ, dan tayangan gambarnya amatla menarik sekali. Kerusi yg kami duduki itu juga telah berjaya menggelikan 'bahagian bawahan' kami seakan-akan terkena kejutan elektrik adanya.. :P

No Way Out : dikatakan backwards rollercoaster yg pertama di dunia. Tidak diketahui samada best atau tidak kerana permainan ini rosak semasa kami sampai.


Ada juga beberapa rollercoaster yg teramat sangat extreme yg menyebabkan semua daripada kami ngeri dan seriau untuk menaikinya. Kami hanya mengambil gambar dari bawah sahaja.

Stealth. Kelajuan rollercoaster ni boleh mencapai 80mph (129kmh) dalam masa 2saat.

Vortex: kaki terjuntai, dan akan berpusing2 360darjah..

Dah lupa nama. Kami amat berminat utk menaiki rollercoaster ini, tetapi membatalkan niat kerana tidak sanggup balik dalam keadaan basah (dahla suhu sejuk )..

Suasana ala koboi di Thorpe Park.

Diakhir lawatan, kami berenam telah menaiki Rumba Rapid.

Air yg tenang jangan sangka tidak sejukkk..

Terdapat beberapa lagi rollercoaster dan permainan yg kami naiki, namun tiada gambar sempat dirakamkan kerana bimbang kamera kami tercampak jatuh ke tanah sewaktu bermain. Kami pulang semula ke Kota London dengan menaiki keretapi pukul 6ptg dan selamat sampai semula ke Waterloo lebih kurang pukul 7mlm.

Kesimpulannya,walaupun cuaca musim luruh yg dah menghampiri musim salju ini teramatla sejuk,tetapi kami amat gembira, teruja dan enjoy sekali dapat keluar beramai2 dan bermain2 dengan kawan2 seperti ini. Dan semestinya akan diikuti dengan lawatan berjoli-loli yg lain di waktu akan datang, bagi tujuan mempulun penggunaan kad Merlin yg ada. *wink*


*bersambung di kemudian hari, kerana tukang taip cerita ini telahpun penat dan kelaparan..*

5 comments:

s.i.f.a.r said...

huk alohhhh
naik cawan putaran aja?
memang team cintailah jantung anda!
heheheheheh
kuda kaler-kaler dan berlagu u olss tak naik ker?
hehehheh

meanie mean said...

I want to try all the roller costers!!!!

Unknown said...

ceh....fun tu agree la..thrill itu owh tidakkk! team menjaga kesihatan jantung katanya...hahahha

mean=datang le..aku bawak naik stealth! weehooooooo

OneWan said...

idot: seb baik terlepas limit tinggi kuda pusing2 kaler2, kalo tak sure dah naik+tempek gambar kat sini! :P

mean: sila2 dtg.. nnti kitorg bwk main..at your own risk! :P

dxoul: eh, thrill aper? cawan tuh pusing laju woo!! :P

tint said...

lolll... tak rock laa gitu wan..u sould have tried the stealth!!Gila layan..

surprisingly we managed to ride most of the rides kat thorpe park...initially igt nak naik teacups je...vortex pun layannnnnn... :D

Sila cuba lagi...I would if I could ;)