Okay, utk kenkawan yg tatau cerita, meh nak simplify apa benda yg jadi isu nih:
- KKM umum kenaikan pangkat time based utk pegawai pergigian/perubatan bebarunih. kiranya kenaikan pangkat secara automatik selepas certain2 waktu. cthnya kalo berkhidmat di KKM secara automatik naik pangkat ke DU48 selepas kerja 6-7thn. most of my frens dah naik DU48, siap dapat backdated ribu riban lagik.
- kat KKM kalo lepas kerja 12thn otomatik boleh naik pangkat DU52 terus. takyah pening kepala sambung belajar, merantau etc etc.
- Time based promotion belum di-implement kat KPT. even belum ada circular apa pon lagi. cam kat tmpt saya skrgni, sy still dgn DUG45. lepas balik pon nnti stay kat tangga gaji skrg, sehingga dah confirm+ada publications etc etc baru la merasa naik DUG52.
- So far KPT has agreed to give teaching allowance rm400 per month (depends pada gred gaji). tp kalo pikir logik, mana yg lagi bagus rm400 per month or a higher grade/payscale?
- utk junior doctors/dentists pon akan pikir berjuta kali utk melompat masuk ke profesion kat KPT nih. better stay kat KKM je kan? takyah susah payah sambung belajar, pindah randah, sbb even duk lenggang kangkung kat klinik,tp after 12yrs of graduation confirm dapat gak 52 kan..
- tp long term problem: in the end nnti, brapa org je yg betul2 sanggup masuk/stay mengajar?dah tu kalo semua pakat takmo join uni, sapa nk ajar semua budak2 mesia nnti? nak harap scholar obersi berapa orgla sangat kan gomen sanggup anto?
- org ckp teaching is a noble profession. tp tak cukup noble kah kalo kerja kat hospital treating patients? dan tak mustahil kalo geng2 lecturers nih nnti pakat kuar uni dan masuk KKM/private beramai2 nnti. lecturers pon manusia biasa yg perlukan duit utk hidup. dan kalau tak cukup lecturers, just imagine je lar apa kualiti local medical/dental grads nanti..
- confirm suatu hari nnti pangkat anak murid akan jd lagi tinggi dr cikgu murid,even dah terjadi pon kat my lecturers (yg mostly still kat DUG45) ngan my batchmates (yg mostly dah naik DU 48).
Memetik kata2 my fren@fb:
If we are greedy and self-serving, we wouldn't be teaching. We love our job and our students. All we asking is fairness in public higher education. It is dismissive to award pay rise to clinician serving 10 years, but not to lecturer who has to be educator, clinician and academician. It is little wonder why we have brain drain.
Okay, dah malas nak tulih. Sekarang kena betulkan niat.. hopefully things will get better soon. amin!
7 comments:
sangat sensitip isu ni!
adoikhh..agak scary jugak!!pas nih reramai x mo mengajar dah..jd doktor dok klinik..sgt x patut!!
wan dah 45-gred professional..kita baru 44..adoikhh!!
ohh isu very the sensitip ni. tak berani campur! hahaha
http://twinkywinkystars.blogspot.combo
tak pandai nak campur..hihii..apapun, all the best..memanglah setiap pekerjaan yang kita buat mesti ikhlas kerana allah, tetapi bukankah mencari rezeki, menyediakan keperluan yang baik dan selesa kepada keluarga juga merupakan satu ibadah? semuanya memerlukan duit..jadi kerajaan patut mempertimbangkan ganjaran, syarat dan kelayakan yang berpatutan supaya ramai professional boleh rasa benefits yang berpadanan dengan keperluan zaman sekarang nih dan menarik minat ramai baru la dpt kurangkan brain drain..my 20cents
adoi pening pikir!! so pray for the best je lah!!
utk pengetahuan hg wan...time base tu cuma terpakai utk thn ni jer...for next yer dan seterusnya kembali mcm dulu3..still kna lulus ptk..ptk pun dah nak mansuh xtau la lps ni nak kna lulus apa lak..n klau xdak post mmg xleh naik la...so klau kami2 ni xp smbg blajar stakat ni jer la kot..nak naik lg susah da sbb skrg ni pun byk yg naik tanpa post...
utk korang...mmg rasa mcm xadil la kan...aku rasa korang kna fight la...apa2 pun doakan la yg terbaik..
sy nak tanya akak, kalau sy br lepas BDS, camne nk apply jadi pensyarah pelatih? sy dengar senior2 sy cerita, better join teaching field kalau nk further studies(master)
Post a Comment