Tuesday, October 5, 2010

Seafood celup tepung

Our all time favourite (iskkk byk betul food yg masuk ke kategori all time fave kitorg ni ek? :P) kalau setiap kali balik ke ganu semestinya la g ke tepi pantai lepak2 sambil makan seafood celup tepung! rasanya yg paling sedap sekali utk seluruh terengganu semestinya la di Pantai Penarik! erkk.. sorry to say, benda2 celup tepung kat kelate still takleh lawan ganu punya produk!at least to my likings lar.. so thats why kalau kat KB mmg tak heran pon nak singgah tepi pantai cari seafood celup tepung nih! hehehe :P

kedai Hasnik kat tepi pantai Penarik. memang superb!! dia punya seafood memang fresh, sbb kedai nih mmg terletak kat perkampungan nelayan, resepi tepung penyalut sotong tuh yg sedap dan yg paling penting sekali murah bangatsss!!! dah jadi acara wajib singgah setiap kali balik kt-kb.. kadangtuh sanggup lalu jalan pantai (yg jauh sket berbanding laluan biasa) semata2 nak singgah sini! :P
kalau singgah sini, semestinya la pekena sotong celup tepung nih!! sotong celup tepung kat sini (ganu) agak berlainan drp tmpat2 lain, sbb sini biasanya diorg guna sotong bersaiz besar yg kemudiannya dipotong2 kecik selepas digoreng, dan 'kerak'nya pulak cam lebih kurang kerak pisang goreng, menjadikan ia lebih crunchy dan sedap.berbanding kalo kat negeri2 pantai barat, mostly diorg akan potong sotong tuh terlebih dahulu sebelum digoreng, dan diorg just guna tepung goreng segera adabi/kentucky tuh jer..
sotong dan ikan celup tepung... yummiey!!! lagiii sedap kalau boleh pekena ngan air tebu/nyior fresh!!
selalunya pekena seafood celup tepung ni dgn bihun goreng. lagi sedap kalau ada kopok lekor yg disalut tepung cam ala2 pisang goreng gak! tp teramatla susah nak jumpa..
actually memang acara lepak2 dan makan2 tepi pantai nih dah jadi aktiviti wajib my family setiap kali balik ganu. especially kalo balik beramai2 mmg kitorg akan make sure beramai2 singgah melepak makan seafood celup tepung nih. dan kalau dr umah kat KT, selalunya kitorg suka melepak kat Pantai Tok Jembal-dkt area2 airport KT sbb agak jauh giler kalau nak ke Pantai Penarik semata2 nak makan seafood..
nih acara melepak2 waktu petang kat Pantai Tok Jembal utk pekena seafood celup tepung waktu raya bebarunih.. kebetulan mmg semua balik raya ganu this year, tuh yg semua pakat konvoi ramai2 g pantai eventhough masa ni baru hari raya ke 4!! hehehe
eventhough masa nih semua org still dlm mood raya, tp memang ramai giler org beraya kat kedai nih!! penat gak lar nak tunggu diorg serve food!
ikan kembung dan pari celup tepung.. seafood kat sini not bad lar, still fresh, but slightly pricey compared to penarik's.

4 comments:

awanis said...

ya allah wan.. terasa cam nak terbang pegi pantai penarik sekarang jugak!!! :D

OneWan said...

k.awanis:
tuh la pasal!memang sedap!! kitorg kalo gian2 terasa nak makan, terpaksa la buat sendiri kat sini.. tp for sure tak sama sbb sotong tak fresh+guna tepung goreng adabi/kentucky tuh jer!! actually smpai skrg tatau camne nak wat mixture utk pisang goreng yg sedap+crunchy.. hehehe (pernah tnya org penjual goreng pisang, semua pakat takmo bgtau resepi camne! cakit hati betul!!)

kucingorengemok said...

oh so nice! eh chup, brp kilo berat awak naik masa balik hari tu? hehehe (peace) ;)

OneWan said...

KoG:
berat naik berkilo-kilo gak lar.. and thats another different story! :P yg penting makan dulu,tp skang ni pening camne nak turunkan balik! hahaha