Tuesday, September 29, 2009

still busy!

masih lagi busy skang nih.
kepala pon dah berasap berkepul2 neh..
ketensionan tuhs jangan cakap la..
semalam one whole day cam dah naik darah dah!
jgn sampai kena heart attack/hypertension dah ler.. :P
btw hopefully everything will turn out to be ok!
kita hanya merancang, tapi Allah yg menentukan..




btw baru dapat jadual skolah utk sem baru tadi.
cam busy jer,everyday 9am-5pm, 5days per week ada kelas..
errrkk.. camno nak travel sakan neh?? :(
but the best thing is, maybe this year takde exam! :))
just concentrate on thesis and patients je, next year baru exam MClinDent dgn MRD sekaligus, in 1 single paper! hehehe

dan untuk next year laks, course coordinator nak enrol kan kitorg bertiga ke teaching course! siap dia nak bagi teaching diploma dr Uni of London, free lagi! haha nampak sangat baliks nih nak kena jadi cikgu! :P (bagus gak, buhsan2 nnti leh mintak kerja jadi cikgu!!hehe)


p/s : so perlukah keluarkan tanduk2ku utk bertravel sakan this year?? ;)


Thursday, September 24, 2009

B.U.S.Y

Busy busy bee again!
Tika org lain duk bizi ngan open house, aku laks fully occupied with other things (other than food ler for sure!:P) till Oct!
dan semalam just received a 'love letter' from Mesia:
~which motivates me to work even harder!
.
.
.
.
.
.
.
whatever it is, just wish me luck!
~ermm I'm in real need of luck now, i think! :/

Tuesday, September 22, 2009

Eid in London

Tahun nih kami sambut hari raya secara kecil-kecilan. Tapi alhamdulillah takla sekecil last year.. hehe ;) Memula tuh plan nak g beraya sakan, celebrate kat embassy, ada open house raya+solat raya sekali kat situ. Tapi aku lak domam+selsema teruk! uhuk!

On raya's eve tuh, memang dah selsema tahap teruk..tapi paksakan diri jugak g butcher ngan inchik hubby-kalo tak memang raya makan megi je ler kot! :P so lepas bukak puasa ala kadar (makan bihun goreng jer), terus telan Paracetamol 2 bijik, antibiotik 2 bijik, ngan Clarytin sebijik.. lepas makan ubat, within 2mins jer, terus selamat di katil! hehehe

Pagi raya, lepas calling2 rakyat mesia kat kampung, terus dengan aktiviti masak memasak. bab2 kemas umah, etc aku serahkan kat hubby. seb baik umah kecik+tak bersepah sangat, so within 5mins jer dah setel! hehehe Memang takde sedih2, banjir2; seriously! cuma rasa terkilan jer sebab takdapat nak merasa nasik dagang this year- my mom order nasik dagang yg paling sedap sekali kat dunia ni for raya!! nasik dagang makcik tuh buat memang my fave raya delicacy ler, boleh habiskan 3pinggan sekali makan! hehehehe :P

Seb baik on raya itself, I was better. so sempat gak la masak nasik beriani ayam(tu pun guna rempah briani adabi jer), then my hubby roasted lamb dlm oven. Rendang merendang pon tak sempat+tak larat nak buat.. hehe dan memang tak g solat raya pon, sebab still under the weather time tuh! tension gaks! huhuhu

nasik beriani, ayam beriani, roasted lamb shoulder, sayur goreng.

Our guest, wanie and family jer. kesian gak, diorg pun turut sama tak ke embassy, sebab takde member + diorg nih baru sampai dr mesia-tak sempat nak pusing london pon lagi.. end up sepanjang hari duk melepak kat umah je ler, borak2 sambil the hubbies tengok bola Man U lawan Man City.. :P

Me and hubby: takde nak pakai dondon2 nih..
~tuh pon seb baik ada baju kurung+melayu.. dah setahun lebih tak pernah pakai baju kurung, since duk sini last year! raya last year aku pakai jeans jer.. hehehe


Tuh jer our raya celebration this year.



So far sepanjang 5 tahun kawin, we all celebrate ala kadar jer ;
2004: Kawin June 2004..Nov raya sorang2: hubby raya kat US, aku kat Ganu.
2005: celebrate raya kat Kelantan
2006: raya kat Terengganu
2007: raya kat Kelantan
2008: raya @ London
2009: raya @ London
.
.
.
.
.
.
.
.
so kalau ada rezeki,
2010: will definitely raya@ ganu!
(inchik hubby cakap kena ikut giliran kan?!) hehehehe :P
*wink*wink*wink*

Saturday, September 19, 2009

Salam Perantauan


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada Ma dan Pa di Kuala Terengganu, Mama dan Papa di Kota Bharu serta Yong & famili di Kuantan/KL, Cik & famili di Johor, serta Buya di K.Trg dan juga kepada Kakak & famili serta Didi di Kota Bharu. Tidak ketinggalan juga ingin diucapkan kepada semua sanak saudara di Terengganu, Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor, dan kawan2 yg mengenali diri kami.

Dengan ucapan, selamat hari raya, maaf zahir batin. Makan lemang,nasik dagang,sate, ketupat,rendang,almond london, tat nenas etc..etc..tuh jangan lupakan anakanda berdua di sini. Insya Allah tahun depan murah rezeki, kami pulang beraya di Malaysia.. :)





*mesej ini actuallynya nak dihantar ke column salam perantauan kat Utusan Malaysia. tp tak terhantar!so post kat blog je ler.. hehehe sogan sebenarnya, sebab cam everyday duk bergayut tepon/skype/ sms/update cerita+gambar kat blog/facebook ngan famili&frens, tetiba nak hantar salam2 perantauan kat paper laks! cam 'geli' jer! hehehehe:P

Friday, September 18, 2009

Tiga ratus enam puluh lima.

Tiga ratus enam puluh lima hari yang lalu...

18 September 2009
Pada tarikh nih, setahun yg lepas....

FASA PERTAMA: BERHUJRAH DAN SETTLING DOWN KAT LONDON

.. my journey to london begins..
(N.B: me yg kegemukan disebabkan longgokan ketulan2 lemak dalam badan gara2 aktiviti pemakanan yg berterusan dan intensif di bulan2 terakhir kat Mesia..)
Touch down kat London Heathrow 5.30am, 19 Sept 08. Amik cab ke service apartment, sementara tunggu bilik di-clear up, tuan punya apt tuh campak kitorg ke bilik kecik nih.. stay kat bilik nih utk sejam dua jer, tp sempatla tido seround dua..
dari bilik kecik, kitorg dibawak ke apt nih, kat Commercial Road.
memula duk kat bilik kecik giler, kunun nak save budget la (tp mmg takde budget byk pun! :P ) dapur pun takdak, dahla bulan posa..tersiksa gak la.. sambil2 duk sini, we all setelkan segala benda- bukak acc bank (yg bermasalah gilos), cari umah, register uni, kenal2 jalan nak ke uni, kenal2 ngan london tubes, sopping, venture faculty, berkenalan ngan coursemates, etc etc..

first time jumpa skolah baru.. excited, siap posing depan spital. lepas tuh dah tak heran, this is the one and only pic.. haha
sebab tak tahan bilik terlalu kecik, 1 week after that we all pindah ke bilik besar skit.. at least adala washer dryer, dapur nak masak, fridge besar. masa pindah ni still dlm proses nak cari umah! beraya pon kat bilik nih....

after nearly 2 weeks, raya menjelma. masa tuh, pikiran tgh berserabut nak cari umah.ada masa 1 week jer utk cari umah seblom skolah bukak...first day raya; org lain bizi g open house, we all bizi g house viewing! :P

2 Oct 2008: Finally moved out ke umah sendiri! terjumpa apt yg best and within our limited budget kat area barking. ~after 2 weeks merempat kat service apartment kecik, tapi mahal gilos (we spent more than GBP800 just utk 2weeks-stay! dah sama harga ngan sewa umah sebulan!) ~memula masuk umah baru, bau KARI pon tgh kuat lagi! (tenant seblom kitorg tuh india, kuat giler bau kari melekat kat dlm umah! amik masa dekat 2bulan nak bagi idung nih 'immune'! :P)


FASA KEDUA : FASA PERALIHAN (zaman golapku)

Bila dah dapat umah sewa, kitorang masuk ke fasa kedua..bukan senang masa berada dalam fasa ni.. Semua benda nak kena beli, kira cam start from zero balik,dahla sebatang kara (kalo kat mesia boleh gak kebas/pinjam barang2 dari umah mak bapak dulu).. dari sekecik2 benda, cam beli crockeries, beddings, stationeries, buku2 skolah, hingga ke register utk line tepon, bukak acc bank, acc internet, etc nak kena buat..

pening gak kepala, memandangkan sewa umah yg mahal (dahla umah nak kena byr advance rental payment + deposits seblom masuk, in total dekat GBP6k++ gak la abis.. seb baik ada bwk duit skit2 dr mesia buat bekal.. kalo harapkan duit scholar semata2, rasanya mmg kena bungkus baju balik mesia laar! :P). memang betul2 menguji keimanan dan kesabaran gak la..

tambah memeningkan kepala sebab terkena kejutan budaya ngan life transition nih- dari hidup bermewah2 umah 2 tingkat kepada umah apartment cinonet, daripada naik turun keta kepada naik turun public transport, dulu pepagi g kerja, balik dah leh enjoy, kepada pepagi g skolah, balik kena baca buku, dulu duk kuar masuk sopping mall, bila kat london duk kuar masuk library(mula2 stat skolah je ler..hehe) tuh lom termasuk terkejut badak ngan reading lists berlambak2 lagi, every week kena baca nearly 30-40 journals!


FASA KETIGA: JOLLY TIME!! :p

Bila dah berjaya melalui zaman golapku kat london, everything dah setel dan dah berjaya biasakan diri, dah lengkap semua, barula we all berjaya sampai ke fasa ketiga nih.. nih fasa paling happening la!! syiokk woo!! :P

Masa nih la baru nak berkenalan ngan designer brands, designer boutiques, nak usha2 handbags, kenal2 ngan factory outlets, kenal2 the 'real' london, berjoli katak ngan kenkawan, blajo2 q masa sale, etc..etc.. discussion topics time nih pon dah beralih arah kepada sopping, sopping,sopping dan sopping jer!! :P

End of Oct 2008: First time kuar London. Masa ni join Intan&Family buat day trip ke Cranfield-Oxford-Bicester Village. Gi open house member hubby+Ashraf (geng budak koleq ler nih..) kat Cranfield.
23 Nov 2008: First time tengok snow. cam jakun2.. tp time nih snow nipis giler, usahkan nak wat snowman, nak wat ABC pon tak cukup..
Dec 2008: nunggu snow tak turun2, we all p Bicester Village. Second visit ke bicester, baruler kitorg betul2 shopping! :)

Aktiviti bersama rakan sebaya pun berjalan ngan aktip sekali pada fasa nih. Selalu buat aktiviti makan2, get together kat umah.. skang nih, mostly kenkawan kitorg yg selalu melepak dah back for good dah.. aktiviti dah kurang giler! :( (owh! how i miss those time!)

November 2008: aktiviti get together kat umah intan,geng2 lelaki tgk bola, kalo tak silap Man U lawan Chelsea, geng2 pompuan lak buat ketupat! :P
Aidil Adha Dec 2008: Alhamdulillah dapat beraya dgn sempurna. We even buat makan2 masa hari raya haji tuh.. tapi tak ramai yg dtg, sebab aidil adha jatuh pada hari weekdays, yg dtg just budak2 skolah yg dapat cuti/ponteng skolah jer.. :P
End of December 2008: We even organised house warming party kat umah! another makan2 & get together session in Barking!
Christmas 2008: Sella turun dari Edinburgh nak tour london sambil teman aku berboxing! sempatla berboxing lebih kurang.. hehe tp apapon Xmas sale kat sini mmg superb! :D
January 2009: budak2nih ajak g tgk teater. first time g tgk teater kat london. The Sound of Music! best giler! rasa cam jauh lagi IB nak sampai ke tahap teater2 kat london nih..
February 2008: london dilanda salji tebal! the worst winter in 20yrs! Merasa gak aku main salji tebal..bukan stakat nak buat ABC, even boleh buat life-size snowman lagik!! :P Sempat gakla celebrate the big 3-0 masa tgh snow tebal.. Alhamdulillah merasa gakla dapat Dolce & Gabbana sebijik utk besdey pressie! :P

Early March 2009: Murah rezeki lagi, we all sampai ke bumi Istanbul utk 4hari.. our first European holiday!


April hingga Mei aktiviti bersosial dikurangkan sebab nak final exam.. kunun la kan.. :P

22 Mei 2009: tapi sompat gakla beratur panjang semata2 nak g jumpa 'sifu' Jamie Oliver kat Selfridges! :P
End of May 2009: dan sompat gak g q selama 2 jam untuk masuk summer sale gucci! (dengan takde rasa bersalah ponteng kelas, eventho time tuh lagi seminggu nak final exam!!) Berkat kesabaran q, berjaya merembat guccissimo yg murah giloss sebijik! :P

Bulan June nih antara bulan yg paling mencabar untuk aku.. Final written exam 1 June 2009. then klinik berjalan seperti biasa sehingga 7 Julai 2009 utk viva exam.

20 June 2009: we organised farewell party untuk Ida n famili yg akan balik for good ke mesia.. sob..sob..
20 June 2009: Ni last time pegi Hendon, nolong Inchik Asraf dan famili yg akan berangkat pulang jugak.. sob..sob...sob..

23 June 2009: Aku emergency balik ke KL, my dad underwent emergency bypass surgery. 22 June beli tiket balik, 23 Jun dah naik flight ke mesia dahh!! Touchdown KLIA, terus ke IJN. Sempat jumpa my dad 1minit jer, seblom dia masuk OT! Alhamdulillah my dad selamat buat bypass on 24th June 2009. Balik untuk 2minggu..

June 2009: Post-bypass. My dad terpaksa duk kat double room utk 2-3 hari sebab single room full house!

3 Julai 2009 aku balik ke London sorang2.. sebab ada viva (oral) exam. Balik just for the exam selama 4hari jer.. Memang kamikaze jer viva exam tuh, sebab memang seriously tak study masa kat Mesia! duk bizi ulang alik cheras-ijn jer..

7 July 2009: on the way balik ke kolumpo semula, selepas 4hari kat london. masa ni baru habis viva exam+dah tau result, then malamtuh terus amik flight balik kolumpo semula.. memang penat tahap gaban!!~jet lag, penat travel, tak cukup tido, exam fever, kurang makan, risaukan my dad kat kl, lone ranger kat london sebab hubby tak ikut balik london, etc... muka pon serabai jer..

Kat mesia we all duk ulang alik ijn-cheras-kota bharu-kuala terengganu-kl jer selama 2minggu. sempat gak la ada acara makan2 dan get together ngan famili kat mesia.

21 Julai 2009; aku balik ke london, sensorang again.. my hubby dah balik 1day before, kebetulan tiket tak sama. aku bertolak balik dr wad IJN ke airport sensorang, hampir 'banjir' dlm cab masa otw ke LCCT! :P My dad still kat ijn due to some complications till 20 Ogos 2009 (2bulan lebih kat wad!)

29 Julai 2009: PIL ngan sorang anak buah datang london bercuti!
5 August 2009: Sempat bawak PIL pegi Paris selama 4hari.
11 August 2009: dan ke Venice untuk 2hari!
17 Ogos 2009: Sempat g tengok batu-batuan kat Stonehenge
18 Ogos 2009: dan tengok binatang-binatangan di Safari West Midland!

PIL balik ke Mesia semula pada 19 Ogos 2009 selepas 3minggu lebih berada di London..

End of August 2009: Lela and family (colleague from usim) turun dari Dundee. First time iftar kat luar, buffet lak tuh! (N.B: selepas setahun lelemak ku tak jugak berkurangan, aku masih gemuks!! uhuks!)


Okies.. tuh sahaja singkatan journey hidup kitorg kat perantauan dalam masa setahun nih.. Hopefully 2nd year kat sini, lagi bertambah meriah dan happening..
Wishlist second year:
1. Nak pertingkatkan daya usaha mengumpul sebanyak mungkin ilmu daripada mat2 saleh kat sini.
2. Pass MClinDent dengan jayanya...
3. pertingkatkan usaha mengurangkan jumlah lelemak dalam badan.
4. balik puasa&beraya/bercuti summer holiday kat Mesia ~next year puasa 20jam@uk!:P
5. travel, travel and travel!! ~at least dapat cover 3 countries in a year, jadila kan.. ;)
6. errrr.. nak more designer bags! :P

Semoga dipermudahkan dalam segala benda yg diceburi.. Semoga berjaya grad tahun 2010 nih, dan by 2011 dah berjaya dapat Membership dengan Royal College of Surgeons dan selamat back for good by September 2011!! Amiiinn!!

Wednesday, September 16, 2009

Dan Brown dan Rabu yg capet

Harinih kebetulan klinik cancel, so one whole day duk kat Upton Park, ada member baru sampai dari Mesia. Duk tolong2 dia kemas umah, shopping barang2 umah, siapkan umah skit2 dan tolong gaduh ngan dia punya landlord jugak! :P Ada problem sikit dgn umah, tp memandangkan diorg nih org baru kat london, diorgnih still kool lagi ler.. tp org lama nih ler pulak yg berapi lebih2.. so sepanjang harinih 'org lama' duk memfire je ler, biar puas hati dari duk makan hati! :P

On the way balik umah, just beli fried chicken ngan fries, bukak posa makan tuh jer. Dapur officially closed today! hehe sok pagi for sahur pon lom tentu lagi nak masak ke tak, mebe makan megi je ler kot..hehehehe ;)

Sampai jer kat entrance umah, si mat saleh yg jaga concierge tuh dari jauh bila nampak kitorg terus berlari2 ke stor dia.. spt yg dijangka, we all dapat parcel lagik!! hehehe (mat saleh tuh memang dah 'cop' muka kitorg nih muka dapat parcel, almost every week akan dapat parcels! mostly dari amazon, we all beli buku, most of them were my hubby's ler..)


so nih ler dia the latest edition Dan Brown! dengan bangganya me jadi among the first owner buku nih! hehehe actually buku nih launch harini, dan harinih jugak we all dapat buku nih!! rerasanya ada dekat 3bulan dah kot pre-order buku ni! masa pre-order tuh dapat agak murah gak la, dorang charge £4.99 jer, dahler hard cover! hard cover okay! non-amazon seller (Asda, Waterstone etc) semua charge £9.50, just imagine how much we've saved! puas hati! :)

isk... tak sabo nyer nak baca!!! hehehehe

Monday, September 14, 2009

H1N1: The Facts

The other half mentioned something about H1N1, thanks to his subscription with Stratfor, that caught my attention..it is definitely an article worth reading..


The U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) believes that hospitalization rates and mortality rates for Influenza A(H1N1) are similar to or lower than they are for more traditional influenza strains.

Global data is sketchy to say the least, but as of Sept. 4, the World Health Organization (WHO) had linked only 3,199 deaths globally to A(H1N1). In the United States, where data is more reliable, the figure is 593, a far cry from the 402,000 to 675,000 American deaths of the 1918 Spanish influenza epidemic.

The virus seems to have an affinity for the younger population, with higher infection rates than normal for those 24 years of age and younger, particularly those less than two years old and pregnant women.

At present, neither the WHO nor the CDC appears to suspect that A(H1N1) is any more deadly than any other seasonal flu. Bottom line: While A(H1N1) is as communicable as the traditional flu strains, it has shown no inclination to be more deadly. In fact, from what can be discerned from the New York City data, the mortality rate lingers on the edge of the statistically insignificant.

The critical factor to bear in mind is that all strains of influenza claim thousands of lives every year. In the United States, on average, some 36,000 people die of flu every year – 1,100 in New York alone. Globally, deaths related to influenza are estimated to range from 250,000 to 500,000 people per year. So far this year, only about 3,000 people have died worldwide in relation to the A(H1N1) outbreak, and most of those deaths occurred during the flu season in the Southern Hemisphere. From a statistical perspective, at present, A(H1N1) nearly falls into the range of background noise.


credit to Stratfor, excerpts taken from them. Please visit their website for the full article via free publication or subscription.


Surprising facts, yeah?! ;)


Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah, baru jer lepas mengomel pagi tadi pasal mood raya dan kuih raya. Tetiba kejap tadi balik jer dari sopping kat butcher, mat saleh guard kat bwh nih duk sibuk bgtau kitorg dapat parcel. mat saleh tuh lak yg tumpang excited, sbb parcel dari jauh, katanya..

So nih la dia, parcel dari Terengganu dah sampai ke bumi UK.. Yeay! Yeay!

Ingatkan kotak cinonet jer, rupanya byk la jugak 'harta karun' kat dalam tuh! Semua berbalut 2-3layer lagi..kuih raya lak my mom siap wrap guna bubble wrap lagi, takut hancur!hehe

Murah rezeki tahun nih... dapat gak merasa beraya dengan biskut.. :D semua tuh biskut made in kedai jer.. (biasala my mom dah bertahun tak buat biskut raya sendiri.. tahun nih lagi la, dgn my dad sakit lagi..so semua 'biskut tunjuk' je ler..) berkat guna bubble wrap, semua biskut2 tuh dlm keadaan ok!memang tak pecah pun!

Bukan setakat biskut, siap dapat stok ikan kering lagi tuu!! stok ikan kering dah lama habis..memang dah lama gilos tak makan ikan kering, rasanya dekat 5-6bulan jugak kot?! last time makan ikan kering siap buat 'catuan' lagi, seekor ikan kering siap kena share 2 org,punyala berjimat cermat.. :P hehehe ketupat adabi pon ada, so raya nih tinggal nak masak rendang je ler.. :))

Tenkiu very2 much mommy! Anakanda berdua di sini berasa sangat terharu dengan parcel dan kuih2 tuh.. Its not the cookies, but the thought that matters.. Sob..sob..

Insya Allah next year, murah rezeki we all balik beraya kat Mesia..

Mood Raya

Sedar tak sedar lagi seminggu nak beraya (ayat standard dekat2 nak raya.. hehe). or maybe less than 1 week -dgr2 UK maybe raya hari Ahad.. Tp kitorg yg kat sini seriously, mood nak beraya tuh tak datang2 lagi. ada gak usaha nak naikkan mood raya dgn pasang lagu2 raya kat youtube, memula tuh ingatkan ada gak la perasaan syahdu mahdu nih menjelma, rupanya takde satu apapon! ingatkan tahun nih ada lar org akan banjir/paling koman pon snow time raya, tp rerasa cam ielek.. errm... konpius!

Punca2nya adalah:
1. maybe jugak sebab lom nampak bayang balang kuih raya kot?? (my mom post kuih raya last week, tp lom sampai2 lagi..sebab my mom tau kalo harapkan anak dia buat kuih sendiri, confirm tak makan kuih raya ler tahun nih.. hehe)
2. takde baju raya pon tahun nih... dah 2tahun takde baju raya..
3. Exam bulan oktober nih.. Lom stadi sangat pon lagi, mati laaa!! huhu
4.persekitaran; dengan mat2 saleh yg tak posa + tanpa segan silu makan di khalayak ramai..
5.most of my friends will be out of london during raya.. mostly balik mesia, ada yg dah balik for good, dah ada jugak balik 'kampung' sambut raya kat Shefffield..
6. takde plan apapon lagi utk raya. taksure nak masak ke, or nak tumpang g makan kat umah org yg masak.. nothing to look forward to (as yet)..


plan beraya pon takde lagi.. dengar2nya tahun nih celebration raya diorg buat kat Malaysian Embassy.. kalo buat kat embassy rasa cam malas lak nak pegi,bukan apa malas nak venture2 cari jalan dengan berbaju kurung/melayu.. (sbb tak pernah sampai pon sana lagi)..kalo cam tahun lepas buat kat Malaysian Hall, so cam ada semangatla sket nak pegi. dahla tube SUSPENDED lak tuh weekend nih!! sedih btol.. confirm nak kena naik turun bas kalau nak p beraya!! :((

so resolution/plan utk beraya tahun nih (maybe):
1. solat raya kat masjid Barking jer.. (tp kena prepare telinga nih dengar khutbah raya dlm bahasa Urdu/ Gujarat/ Hindi la kot?? confirm khutbah bukan dlm bahasa melayu/english! huhuhu)
2. masak sedap2, hidang atas meja dan makan sesama sendiri 2 org jer.. berdua-duan jadi kera tersumbang kat umah ni.. hehehe
3. sewa keta, then g beraya..sesambil tuh leh g sightseeing!:))
4. study ler kot?! aiyarkk!!

bagi nak mengembalikan mood raya (ditujukan utk diri sendiri) jom layan lagu nih.. ;)

Sunday, September 13, 2009

Holiday Villa London

Nih gambar last Friday kat Holiday Villa, London. Ada majlis bukak posa anjuran Kelab UMNO London dan Shell. Takde kaitan lansung ngan aktiviti UMNO, just Shell sponsor iftar sebab nak promote/recruit bebudak student London ni join Shell (either kat Mesia/London/UK). We all lak, pergi bukan sebab nak cari kerja/nak bergiat aktip ngan UMNO pon.. just nak merasa makan2 free jer.. hahahahahaha :P

Tak ramai pon yg attend, sebab dia buat cam private function, on invitation jer. In total dlm 100 org jer kot. Iftar lak buffet, Malaysian food. Food dia not bad la, sodap laa jugakkk! :P


Seperti biasa, masa makan takde makna nya nak membizikan diri snap2 gambar ni.. gambar ni bila dah kenyang, kat lobi hotel.

Harini ikut plan asal nak g bukak posa kat luar lagi dengan K. Imah dan Linie, sebab teringin nak makan chinese food (dgr2 ada halal chinese food yg sodap kat area2 bayswater), dan kunun lepas iftar nak g ke Thames Festival tengok fireworks, kat area2 Waterloo. Tapi tetiba terbaca pulak pasal anti Islam Rally kat Trafalgar Square, terus cancel planning.. Cuak gak nak kuar, dahla pakai tudung, kang tak pepasal malamni tido sepital.. hehehehe :P

So skang nih tgh duk pikir sesambil tnya pakcik google nak masak apa for iftar........ :D

Friday, September 11, 2009

Iftar@Besdey

Semalam sempena besdey 'si dia' kunun plan nak masak spesel sket la kan.. Tapi ptg tuh lak ada klinik (lansung terlupa pasal besdey si dia, kalo tak, confirm tak book patient semalam+ ponteng + kuar bukak posa kat luar jer! hehe).. Kat klinik bukan main express buat kerja, and lucky enuff by 3.30pm dah habis setel semua kerja. Lepas kemas2 dgn expressnya, amik sign supervisor etc by 4pm, dah otw dalam tube balik! :P

Dalam perjalanan balik umah, singgah butcher jap pastuh sempat singgah ASDA beli groceries lagi, dan sampai jer umah terus siang2, marinate etc,dan by 7pm semua dah ready!! ;)

Aku beli lamb shoulder, shoulder tuh cut into 2 pieces, tp semalam buat 1 piece je dulu. Lamb sini memang murah bangats, lagi murah dari beef! Yg paling best sebab lamb UK nih tak berbau (teori hampeh seorang member cakap, mebe sebab kambing2 sini tak berpeluh cam mesia, so sbbtuh kurang berbau kot??!! logik gaks! hehe)

Kalinih aku marinate sendirik, tp still under supervision master chef la.. :P (ermm, takkan nak suh si besdey boy yg buat kan, kesian la pulakk..hehe) Sebab malas, rosemary ngan thyme tuh main lurut2 je daun dia dan tabur2 jer (biasanya aku chopped, baru tabur). Pastuh gaul2 ngan beef seasoning, chilli powder, blackpepper.. Potato pon takde kat umah, aku ganti ngan capsicum jer.. hehehe

Makan lak ngan nasik goreng jer..


Besdey cake?
Tak de ponnn!

Orang lain time besdey potong kek, kitorg potong lamb jer ler.. :P sejak duk sini memang jarang bebenor beli kek, sebab mat2 saleh nih buat kek tak menepati citarasa, seriously!! memang takleh lawan kek secret recipe fevret tuh.. decorations kek kat sini memang superb la, tapi taste dia tak best lansung, dry semacam jer! So daripada beli dan tak habis+membazir, baik takyah beli lansung! hehehe


Birthday pressie ? biarlah rahsiaaaaa... ;-)


P/S: inilah namanya student perantau-styled celebration. Penuh dengan kesederhanaan.. :P

Wednesday, September 9, 2009

Seploh Sembilan Sembilan

I would like to wish my other half a very happy birthday!!


Eventhough this year takde birthday pressie yg best, takde foodie yg best2 (since I'll be at school the whole day), akan tetapi saya berjanji akan belajar bersungguh2 supaya boleh jadik budak pandai dan bila besar nanti boleh dapat kerja yg best.. time tuh nanti kita boleh celebrate dengan best sekali.. untuk tahun nih memadailah kiranya kita celebrate dengan gaya student di perantauan sahaja.. *wink* wink*


Enough said.


Terimalah serangkap pantun dari saya:
Happy Birthday to You,
I love You!
:-)

Monday, September 7, 2009

The last day!

Today is the end of my summer holidays.
Memang sepatutnya semester hols officially habis 2nd September, tp (Alhamdulillah) Prof Wright cancel dia punya klinik 2hb tuh. 3hb tuh lak aku wat 'cuti' sendiri.. sebab malas giler nak stat masuk skolah, aku dengan selambanya tak book patient utk klinik 3hb tuhs! hahaha

Tapi apa2pon, esok memang wajib harus pegi gak, walo camne pon! kena pegi gak ke skolah!! Malas 100x ok!!Seb baik klinik seblah petang, so pagi sok sempatla nak rush kalo tetiba terbangun lambat pon! ;) ~skang ni dah habit stay up sampai sahur (kul 4pg), then lepas subuh kul 4.40pg terus tido till kul 10pg! :P nak kena tukar balik bodyclock nih! Tp hopefully pt aku tak datang ler esok (aci ker doa camnih? hehe) so dat boleh baliks awal!hahaha kalo balik awal, bolehla balik masak2 sodap2, kalo tak, dlm kul 6pm baru leh sampai umah.. solat, mandi etc, kul 6.30 ler baru leh stat masuk dapur!

Hopefully tahun nih dapat patients yg best2 la.. yg tak byk songeh sangat.. ~omputih nih kekadang tuh byk songeh gak! tambah lak dia tau specialist clinic, lagi la byk demand diorg! ada sorg pt aku tuh siap request lagi, nak gigi cam julia roberts? camno nak buat tuh?! :P (actually boleh diusahakan, tapi banyyaaakkk benda nak kena consider!) Bila pikir2 tuh yg memang seriously jadi takde motivation lansung nak stat skolah sok nih! camno?? camno?? urkkk!!

ok la, the end.
malas nak pikir pasal skolah, nih aku nak citer pasal member skolah lak! :P

Sabtu lepas aku ke Canning Town, dekat2 area Docklands. Nolong member, Dilla dan Azman pindah umah baru. Dilla nih my coursemate and hubby dia, Azman, pindah ke umah baru yg best sangat2 tuh since she is expecting her first child in winter nih. Umah ni ada 2 bilik, so adala extra room utk mak dia atau sesapa yg nak tolong dtg jagakan baby nanti. tp seriously, umah dia best giler!! modern concept apartment, dahla bilik 2, toilet pon ada 2! toilet besar lak tuh! paling best sebab dia punya fridge besar gedabak! jaaaauuhhh lagi best dr umah barking aku nih! she is sooo lucky laaa!! rezeki baby la tuh.. ;) sebab lupa nak snap gambar umah, so korg leh tgk gmbr umah kat sini.
Cik Hikmah dan Cik Linie.
masa nih tgh tunggu waktu berbuka..

Kitorg pegi umah dilla sebab nak nolong dia unpack barang la.. Masa pegi tuh, sempatla berkenalan dgn Farah & Ekmal-member St John Azman..Budi, K.Imah dgn Lini lak tolong masak lauk bukak posa dulu kat umah budi seblum ke Canning Town.. tp yg sempat kemasnya barang2 dapur jer, and the guys sempat nolong azman pasang balik diorg punya sofa bed ikea tuh ngan install balik plasma tv jer (tu pon tak menjadi- takleh nak connect kat SKY pon! hehe)..

Lauk sampai penuh meja!
Tenkiu Master Chef yg sungguh berbakat! ;)

Lepas bukak posa, terus jadi berat badan nak wat keje!hehe nih semua gara2 masakan Budi, the master chef; konsep lauk pauk adalah masakan kampung: masak lemak cili api ayam yg power giler, sambal tumis udang yg pedas giler, daging masak kicap, telur masin (dilla siap angkut telur masin mentah dr mesia lagi! best giler jd anak pilot nih, semua benda made in mesia dia guna! :P) tambah lak roasted chicken dr chicken cottage yg yummylicious, pastuh for dessert lak makan agar2 santan budi buat jugak, fresh laici, water melon (kunun sbb bukak posa, azman request malaysian food shj,termasukla buah!), grapes ngan aiskrim Magnum! tuh tak termasuk lagi berbotol2 air coke dan ice lemon tea.. rasanya malamtuh sahaja semua gained weight at least sekilo seorang! hahaha :P

lepas makan, dah takde mood nak sambung wat kerja.. borak jer ler! memang tak ingat dunia gak la duk berborak, end up sampai kul 11.30mlm baru masing2 ingat nak balik umah!! hehehe

Inchik hubby, dilla dan budi yg kekenyangan.. hehehe

bila dah kenyang, borak,borak dan borak lagi..hehehe (camerawoman nih pon kekenyangan sampai malas nak bangun snap gambar properly!)

Kul 12 mlm baru sampai umah.. tu pon Azman yg tolong hantarkan balik..hehe siap tapau lauk lagi! hehehe :P

Lauk tapau lak bukan main punya banyak.. aku leh buat sahur utk mlm tuh, ngan wat bukak posa semalam! hehehhe

so nih ler lauk bukak posa aku semalam (hari ke 17 Ramadhan). Masak lemak cili padi (lauk tapau yg Budi masak), pastu inchik hubby goreng daging dgn capsicum, aku lak buat mini murtabak lagi, telur masin (buat sendiri), dgn sotong celup tepung.

Yup! Telur masin tuh aku wat sendiri ler.. tuh yg nampak cam pelik skit,sebabnya aku guna telur ayam! hehehe Seblom posa aritu aku jerukkan telur tuh, skang nih dah boleh makan dah.. cari telur itik tak jumpa, aku hentam guna telur ayam jer! hehehe

nih masa kat dalam balang lagi..

Telur ayam masinku.
FYI, telur masin ada dijual kat Chinatown, tapi malas nak mengangkut telur naik turun tube punya pasal.. hehehe bolehla... yg penting ada rasa telur dan ada rasa masin,walaupun saiz dia kecik skit! hehehe :P